Burung, ayam dan kucing adalah antara beberapa jenis binatang jinak yang gemar diplihara manusia sejak zaman berzaman lagi.
Kucing menjadi kegemaran yang dipelihara oleh berbagai-bagai peringkat manusia, bermula dari istana membawa ke gobok usang di pinggir kampong.
Rupa dan bentuk fizikal kucing ada brebagai-bagai macam yang menjadikannya banyak pilihan kepada peminat-peminatnya.
Demikian juga warnanya ada berbagai-bagai jenis, putih, merah, coreng dan sebagainya.
Seperti biasa dengan binatang-binatang peliharaan, kucing juga mempunyai berbagai-bagai keistimewaan.
Kucing, seperti ayam dan burung juga dipercayai mempuyai tanda-tanda boleh membawa tuah kepada pemeliharanya. Itulah mkepercayaan tradisi.
Pada binatang-binatang tersebut ada tanda-tanda bertuah yang tertentu pada tubuh badan mereka.
Tanda bertuah yang paling penting pada kucing ialah langit-langitnya, iaitu anggota sebelah atas rongga mulut, berwarna hitam.
Kadang-kadang itu warna hitam itu hanya bertumpuk sahaja, dan mengikut kepercayaan yang lebih baiknya kalau semua langit-langitnya berwarna hitam. Itulah dikatakan kucing berlangit-langit hitam.
Kucing berlangit hitam ini dipercayai dapat membawa tuah kepada pemeliharanya, kerana itu ia amat disayangi dan dimanja-manjakan.
Benarkah begitu?
Selain dari kucing, ada juga manusia yang dipercayai mempunyai langit-langit hitam, mungkin setumpuk, atau sepenuh langitnya. Orang ini dipercayai mempunyai mulut masin, lebih lagi di lanit hitam itu tumbuh beberapa urat rambu atau bulu?
Kucing-kucing peliharaan itu biasanya diberikan berbagai-bagai nama, seperti bayi yang baru lahir juga, seperti putih, belang, tumpuk, da ada juga menggunakan nama-nama orang tertentu yang terdapat di kalangan manusia.
Satu lagi kepercyaan orang-orang Melayu ialah bila kucing peliharannya “membasuh muka” di beranda atau atas tangga rumahnya menunjukkan ada tamu yang akan datang?
Sekian.
Sumber : pondokrahmat
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment