BILA DISEBUT TONGKAT, mungkin dalam kepala setiap orang terbayang,sekerat kayu atau rotan dan sebagainya yang dipotong untuk membantu seseorang berjalan.
Pada hari ini kita tidak dapat melihat ramai orang yang bertongkat atau memakai tongkat dalam kehidupan mereka.
Ini berlaku kerana tongkat masih lagi dijadikan fesyen atau ragam hidup manusia untuk bertongkat, seperti memakai tutup kepala, serban dan sebagainya.
Mana tahu, di masa akan datang, manusia akan berebut-rebut bertongkat kerana telah dijadikan sebahagian fesyen pakaian manusia.
Hanya ada sebahagian kecil dari anggota masyarakat kita hari ini yang menggunakan tongkat, iaitu mereka yang kurang upaya, seperti orang cacat pengelihatan dan sebagainya. Mereka menggunakan tongkat yang khusus, bukannya sebarangan tongkat.
Namun begitu, ada segolongan dari kita yang memang wajar menggunakan tongkat dalam hidup mereka, tapi tidak bersedia untuk menggunakannya kerana sebab-sebab tersendiri, mungkin lerana merasa malu atau rendah dirti kerana di tohmahkan orang mereka menghidap penyakit kronis sehingga terpaksa bertongkat.
Di antara mereka yang wajar memakai tongkat ialah orang-orang tua, atau warga-warga emas yang tidak lagi cergas seperti masa-masa yang lalu.
Tongkat ini dapat membantu mereka untuk berjalan dengan lebih selesa dan berkeyakinan.
Bila mereka duduk, baik atas lantai atau kerusi lebih lama dari biasa, mereka akan merasa agak lembab untuk bangkit berdiri kerana kelemahan anggota badan mereka yang telah menua. Justeru dengan menggunakan tongkat, mereka akan dapat bangun dengan lebih selesa.
Seterusnya setelah berdiri, untuk memulakan langkah berjalan pun, biasanya mengalami kelembaban, dan perkara ini dapat dibantu dengan menggunakan tongkat. Dan seterusnya dapatlah mereka melangkah dengan lebih baik untuk menuju haluan.
Lebih-lebih lagi ketika hendak menuruni kenderaan pun orang-orang tua lebih selesa menggunakan tongkat untuk membantu mereka berpijak turun dari kenderaan dan seterusnya memulakan langkah perjalanan menuju destinasi.
Dan lebih baik andainya tongkat itu terus dipergunakan untuk membantu langkah-langkah perjalanan supaya lebih mantap.
Justeru tidak ada sebab kenapa orang untuk merasa malau atau hina diri menggunakan tongkat yang memang diperlukan untuk membantu kehidupan mereka supaya lebih selesa.
Lagipun, tongkat itu boleh digunakan untuk mempertahankan diri di saat-saat genting, seperti ketika berhadapan dengan anjing-anjing liar dan sebagainya.
Biasanya tongkat-tongkat yang baik diperbuat daripaa rotan dan kayu pilihan yang kelihatan begitu cantik. Saya percaya ramai orang yang tidak bertongkat, tapi menyimpan tongkat yang comel di rumah mereka sebahgai barang antik.
Harga sebatang tongkat ini mungkin mencecah ribuan ringgit.
Pada masa dahulu, orang yang bertongkat dalam masyarakat kita ialah orang tua yang terkenal dalam dongeng, iaitu seorang wanita berbongkok tiga. Nenek kebayaan namanya dan biasanya mempunyai sebatang tongkat yang berhikmat atau ajaib kegunaannya.
Tongkat Dalam Masjid
Sejak dahulu hingga sekarang, khatib-khatib yang membaca khutbah di atas mimbar, baik pada hari Jumaat atau Hari Raya memegang sebatang tongkat ketika membaca khutbah.
Walau bagaimanapun, ada dua pendapat yang berbeza di kalangan umat Islam tentang penggunaan tongkat ketika membaca khutbah. Satu pihak menggalakkannya, dan satu pihak menganggapnya makruh. Namun oleh sebab perkara ini merupakan soal ijtihadi, maka tidaklah perlu diperpanjangkan hingga menimbulkan jurang perpisahan sesama Islam.
Dalam Islam ada sebatang tongkat yang temasyur, iaitu Tongkat Nabi Musa as. Tongkat ini merupakan tongkat mukjizat Nabi Musa yang dikurniakan Allah kepadaNya untuk perkembangan agama Islam.
Nabi Musa as menggunakan tongkat ini untuk melakukan perkara-perkara yang menakjubkan. Semuanya dengan izin Allah SWT.
Antaranya bila Nabi Musa memukul tongkat itu ke batu, maka memancutlah keluar air untuk kegunaan kaumnya.
Allah berfirman, maksudnya:
“Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu itu”. Maka memancarlah daripadad dua belas mata air”. Al-Baqarah:60.
Tongkat ini jua digunakan oleh Nabi Musa untuk memusnahkan sihir-sihir yang dibuat oleh pnyihir-penyihir Firaun, dengan merupakan ular yang besar dan menelan segala ular-ular sihir Firaun itu.
Allah berfirman, maksudnya:
“Maka Musa melemparkan tongkatnya, tiba-tiba tongkat itu menjadi ular besar yang sebenarnya”. Asy-Syu’ara’:32.
Dan, “Kemudian Musa melemparkan tongkatnya, maka tiba-tiba ia menelan benda-benda palsu yang mereka ada-adakan itu”. Asy-Syu’ara’:45.
Tongkat ini digunakan untuk membelahkan laut untuk membolehkan pengikut-pengikutnya menyebrang, menyelamatkan diri daripada dikejar oleh ratusan ribu tentera Firaun. Nabi Musa dan kaumnya, selamat ke seberang, tapi Firaun dan kaumnya, terbunuh ditelan laut yang bertangkup kembali setelah mereka berada di dasasrnya.
Allah berfirman maksudnya:
“Dan ingatlah ketika Kami membelah laut untukmu, sehingga kamu dapat kami selamatkan dan Kami tenggelamkan [Firaun dan] pengikut-pengikut Firaun, sedang kamu menykasikan”. Al-Baqarah: 50.
Tongkat Nabi Musa as ini dipercayai masih ada, masih menjadi impian kepada sesetengah orang untuk memilikinya.
Di samping tongkat biasa ada sejenis pokok yang dinamakan Tongkat Ali yang mempunyai banak khasiat terutama untuk orang lelaki.
Sekian sedikit mengenai tongkat untuk renunagan bersama dalam mencari kebesaran Ilahi yang terdapat di mana-mana dalam alam jagak ini.
Allahuakbar!
Sumber : pondokrahmat
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment