HUKUM MAKAN MASAKAN ORANG BUKAN ISLAM.

Image result for HUKUM MAKAN MASAKAN ORANG BUKAN ISLAM.

Satu isu yang sedang berlegar di tempat saya dan menimbulkan perbahasan adalah berkaitan dengan hukum memakan masakan bukan Islam. Ia berikutan dengan pembukaan sebuah restoran China Muslim di tempat kami di mana tukang masaknya adalah belum Islam. Ada yang pergi makan, ada yang enggan dan ada juga yang was-was. Saya sendiri telah beberapa kali pergi makan bersama keluarga tanpa ragu kerana sudah tahu hukumnya semasa belajar DEPS dahulu.

Namun begitu saya tidak dapat mengarang jawapan tentang hukumnya itu kerana harus merujuk semula bahan kuliah.  Sebagai gantinya saya telah memanfaatkan kemajuan ICT dengan menyemak laman di internet yang biasa menjadi rujukan untuk mencari jawapan. Saya dapati terlalu banyak persoalan dan jawapan yang ada berkaitan dengannya.

Namun berdasarkan ilmu ugama yang sedikit yang ada pada saya, saya petik dan diperturunkan penjelasan seperti di bawah untuk rujukan kita semua. Saya harap jawapan itu memadai untuk orang biasa seperti saya, akan tetapi kalau hendakkan jawapan yag lebih halus bolehlah mendalaminya sendiri dengan membaca kitab atau pergi berguru dengan guru yang sudah terkenal dengan ilmunya.

1. Persoalan memakan pemberian dan memakan masakan orang bukan Islam.

Secara umumnya memakan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan (halal) jika makanan tersebut tidak terdiri daripada makanan yang diharamkan, seperti mengandungi khinzir, arak atau bangkai (binatang yang haram dimakan atau binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara syarie) dan sebagainya. Oleh itu, kita boleh menerima bahkan memakan makanan tersebut jika pada zahirnya ia adalah makanan yang bukan dibuat daripada atau kandungannya mengandungi elemen yang haram sebagaimana disebutkan, walaupun makanan itu dibuat atau dimasak atau disediakan oleh mereka sendiri.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakannya, iaitu makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan bubur yang sudah berubah baunya, dan baginda SAW menerima undangan tersebut.

Jadi boleh menerima pemberian makanan yang diberikan oleh rakan sebilik yang bukan Islam itu bahkan boleh memakannya, jika pada zahirnya makanan tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan yang haram.

Perihal Masakan Bukan Islam.

Kalau sekiranya bahan mentah dan perkakas semunya bersih dari sudut hukum islam, kita boleh memakannya tatapi tidak digalakkan dan kalau boleh tak payah makan makanan meraka dan yang lebih baik kita belajar cara masakan mereka dan masak sendiri. Seperkara lagi, sebenarnya tanpa kita sedari kita sebenarnya banyak terdedah kepada kepada barangan keluaran orang bukan islam seperti Maggi, makanan ringan dan banyak lagi yang memang kita tidak ketahui cara masakan serta bahan-bahan yang sebenar yang dicampur adukkan. Tetapi didalan islam ada satu kaedah iaitu: TIDAK WAJIB KITA PERSOALKAN secara terperinci kecuaili apabila telah jelas haramnya. Tetapi bagi mereka yang benar-benar saleh dan warak yang menjaga perkara-perkara agamanya mereka mengambil jalan meninggakalkan terus perkara yang sedemikian.

TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama-mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM di makan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.

Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.

Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-

Orang Kafir Najis

Firman Allah S.W.T.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah : 28]

Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.

Berkata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi :-

“Kenajisan orang musyrikin adalah Najis Ma’nawiyah, melainkan ada segelintir fuqaha’, seperti Zaidiyyah dan Zahiriyyah mengatakan orang musyrikin dan kufar adalah najis hissiyah”.

Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.
Malah kata al-Qaradhawi di dalam riwayat Sahih bahawa Nabi saw dan para sahabat pernah minum dan mengambil wudhu’ dari bijana orang Musyrikin. Baginda juga makan makanan hidangan orang kafir.

Dr Khaled Muhammad Abdul Kadir, pensyarah Universiti Lebanon menyatakan bahawa adalah dibenarkan lelaki Islam beristerikan ahli kitab, mereka boleh bersentuhan, baik ke atas alat-alat perabot ataupun pakaian mereka. Suami juga boleh makan makanan yang disediakan oleh isteri ahli kitab dan boleh menggunakan pinggan, mangkuk dan gelas yang sama. Jelas INI menunjukkan kenajisan mereka bukanlah fizikal badan mereka.
Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan maksud orang kafir itu najis adalah kepada aqidah mereka yang tidak suci, dan bukanlah fizikal badannya sehinggakan batal wudhu’ jika menyentuh mereka.

Kesimpulannya, anda boleh makan makanan yang dimasak oleh orang kafir selagimana kandungan makanan tersebut halal dimakan. Sentuhan orang kafir BUKAN najis. Yang berbeza dengan kita hanyalah aqidah mereka sahaja.

'Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakannya, iaitu makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan bubur yang sudah berubah baunya, dan baginda SAW menerima undangan tersebut'

Sumber : tazkirahminda

via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment