LONDON - Seorang wanita asia berusia lewat 60-an dirakam cuba menculik seorang kanak-kanak di depan ibunya, lapor Daily Mail.
Dalam kejadian yang berlaku pada 23 April lalu di pasaraya Asda di Bexleyheath, si ibu sedang sibuk mengeluarkan barang dari troli untuk diletakkan di atas kaunter pembayaran.
Dalam kesempatan itu, suspek menghampiri troli berkenaan lalu mengangkat kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan itu dari tempat duduknya dan cuba melarikannya.
Bagaimanapun tindakan suspek disedari si ibu lalu segera menghalang dan mengambil anaknya semula.
Polis kini sedang giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi mereka.
Dalam sebuah kejadian berasingan yang tidak dinyatakan lokasinya, seorang kanak-kanak perempuan nyaris menjadi mangsa culik seorang lelaki yang tiba-tiba menarik tangannya dari belakang.
Si ibu yang sedang mendukung anak kecilnya yang ternampak kejadian itu segera berlari keluar mendapatkan semula anak perempuannya itu. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment