Peperangan yang berlaku antara Elly Mazlein, bekas suaminya Azmi Hatta dan pelakon Faye Kusairi memang panas sekali. Satu demi satu pendedahan Elly lakukan mengenai sikap bekas suaminya itu kepada orang ramai melalui akaun Instagramnya.
Tidak mengalah, Elly sudah berjaya menuntut nafkah anaknya Putri Sarah Sefhia sebanyak RM 1,500 sebulan.
Elly memberitahu beliau tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan dan akui sebenarnya perang di Instagram mengenai bekas suaminya adalah satu perbuatan yang memalukan.
Pada saya, bertelagah di Instagram dan satu negara baca mengenainya perbuatan memalukan. Sebelum ini, saya cuba tutup aib serapat-rapatnya. Sejak mengandung lagi, saya sudah kena macam-macam perkara dan hampir meroyan.
Saya berani untuk lantang bersuara pun adalah untuk menuntut hak saya dan anak daripada bekas suami. Ketika saya berdiam diri, pihak satu lagi pula yang banyak bersuara dan itu membuatkan saya juga tampil bersuara. Mujurlah, saya dapat bantuan daripada keluarga yang sentiasa memberi sokongan. Saya tak mahu lagi menoleh ke belakang.
Menurut Elly, beliau enggan lagi memikirkan perkara lalu dan sudah memaafkan bekas suaminya dan Faye.
Sehubungan dengan itu, beliau akan memadam setiap foto dan status negatif serta mengundang kontroversi di Instagram kerana ingin menghormati peminatnya yang tdak putus memberikan beliau sokongan dan semangat untuk kekal tabah menghadapi segala ujian.
Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan, saya bersyukur kerana peminat dan pengikut sentiasa memberikan semangat kepada saya.
Baguslah kalau tidak mahu memanjangkan lagi perkara tersebut. Apa yang berlaku jadikanlah sebagai pengajaran hidup. Kami harap Elly Mazlein terus bahagia bersama anaknya.
Sumber Berita : Harian Metro
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Blogger Comment
Facebook Comment