Pesara Tentera Maut, 2 Rakan Cedera Dalam Kemalangan Di Gurun

Kemalangan


SUNGAI PETANI Seorang pesara tentera maut manakala dua rakannya cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta Mercedez Benz yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahu kiri jalan, Jalan Modenas, Gurun, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, kejadian berlaku 11.20 pagi apabila tiga sahabat itu dalam perjalanan dari arah Sungai Petani ke Jalan Modenas.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Johari Zainal, 49, merupakan penumpang yang berada di tempat duduk belakang manakala pemandu dan penumpang hadapan cedera, katanya dalam kenyataan hari ini.
Md Zukir berkata, penumpang hadapan yang dikenali sebagai Zainal Hashim, 46, mengalami kecederaan parah di kepala manakala pemandu, Zamri Kamis, 46, mengalami cedera ringan.
Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BERNAMA
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment