Dari BF Members
Kawan-kawan, saya cuma nak meluahkan. Dua hari di rumah mentua saya, sampai saja dia tanya kenapa tidurkan anak? Yelah, sebab baru menyusu, anak saya belum sampai dua bulan. Dia tak percaya saya susu badan, asal anak merengek saja dia cakap anak tak kenyang minum susu badan. Padahal anak saya merengek selepas tidur 2-3 jam.
Malam pun begitu juga. Dia paksa saya makan nasi tengah-tengah malam. Bising mulut dia, tetapi saya diam lagi. Baby tidur jam 10 malam, bangun jam 3 pagi nak menyusu. Mentua sedar, dia cakap lagi nenen saya kecik, jadi anak tak kenyang. Huk aloh, dah tu nenen besar saja ke boleh kenyangkan anak? Sabar lagi.
Esok dia dah nampak anak saya siap menyusu jam 8 pagi dan saya kejutkan untuk mandi jam 11 pagi sebab nenen dah bengkak. Dia datang lagi cakap baby minum susu badan tak kenyang. Balik ni dia suruh bagi nestum biar kenyang.
Saya kata, undang-undang sekarang menetapkan ibu bapa beri anak makan makanan pejal pada bayi di bawah usia 6 bulan dan mendatangkan kemudaratan boleh dipenjarakan. Terdiam sekejap dia, saya dah geram sangat-sangat.
Dia terkejut bila saya pam susu boleh dapat 7-8 oz. Dia pelik dan kata, "nenen kecil, tapi susu banyak,". Saya cuma balas itu semua kuasa Allah. Tak habis di situ, dia perlekehkan saya dan kata "belum dua bulan memanglah boleh", tetapi saya diam saja.
Berkali-kali dia nak pegang baby lama-lama, tetapi hati saya tak sedap hati dibuatnya. Jadi bila saya mandi, saya letak baby di sebelah bapanya dan dijaga abangnya. Saya bimbang dia suap nasi lembik pada baby.
Nampak seperti kejam bila saya tak nak lepaskan baby. Walaupun tak menyusu, saya tetap pangku dan dukung baby. Saya tak faham kenapa mentua saya gemar memperlekehkan saya beri susu badan pada anak. Stress jugalah semalam.
Blogger Comment
Facebook Comment