Keadaan cuaca panas, hujan dan berjerebu ini kadangkala membuatkan tekak merasa sakit dan pedih. Apatah lagi untuk sesiapa yang berpuasa, kekurangan air mampu membuatkan kita rasa tidak sihat.
Oleh itu, apa kata sebagai menu air berbuka nanti, anda cuba Laici Kang. Jika anda ingin tahu, selain rasanya yang enak, Laici Kang ini juga dikatakan banyak khasiat untuk kesihatan badan.
Sebelum itu, penulis nak kongsikan resepi membuat Laici Kang, iyelah daripada dibeli, cuba DIY sahaja. Dapat banyak sikit.
Bahan-bahan
Air gula atau air sirap
Sedikit agar-agar berwarna
Barli yang telah direbus
Buah kabung
Buah laici ( dalam tin)
Sedikit isi cendol
Cincau
1 sudu besar katirah ( direndam selama 4 jam)
2 sudu besar biji selasih ( direndam selama 5 minit)
5 ke 6 biji buah kembang semangkuk ( direndam selama 5 jam)
Cara membuatnya amat mudah sekali. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan kesemua bahan diatas. Laici Kang anda siap untuk dihidangkan dan diminum.
Info
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di England melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromium. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.
Buah kembang semangkuk paling popular dijadikan bahan dalam minuman lai chi kang dan air batu campur. Scaphium macropodum dan scaphium lychnophorum menghasilkan jeli yang terbaik dalam spesis scapium. Buah kembang semangkuk yang direndam di dalam air dan diminum serta dimakan buahnya dipercayai boleh menurunkan panas badan (ketika demam). Air rendaman buah kembang semangkuk ini juga dapat digunakan untuk merawat asma, pendarahan hidung, melawaskan pembuangan air besar, masalah kulit, sakit mata, sakit gigi, kecacingan di kalangan kanak-kanak dan cirit birit.
Kulit pokok kembang semangkuk bersama herba yang lain direbus dan diminum boleh merawat disenteri dan pendarahan rahim. Meminum air rebusan ini juga boleh menolong melawaskan pembuangan air kecil.
Apa lagi, jom buat di rumah!
SUMBER
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment