Ini Dia Khasiat Daun Pegaga Yang Selama Ini Tidak Anda Ketahui


Daun pegaga. Selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu. Lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi panas dan ditambah dengan sambal belacan, cukup menyelerakan! Apatah lagi bersama lauk kampung. Wallaaa sangat heaven! Tapi bukan itu sahaja, daun pegaga juga boleh dibuat jus, dengan hanya rebus atau kisar dan dijadikan minuman.

Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman malah mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya.

Perubatan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita. Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.

Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. Bahkan juga, bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekaligus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit. Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.

Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya. Ia mampu me­nguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta me­ngelak masalah rambut yang lain.

Pegaga juga dikatakan mampu ­meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. Lebih mengujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah.

via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment