Oleh Muhammad Ahmad
Keluar masjid selepas isyak malam tadi, terus rakan ajak minum di kedai. Saya kata sekejap, nak beritahu isteri yang saya balik lewat sikit. Kawan mula perlu cakap takut bini. Saya diam sehingga mula bercakap di kedai makan.
Kita bukan takut isteri, tetapi kita perlu respect dan hargai isteri kita. Banyak masa mereka uruskan hal rumah tangga. Sibuk jaga anak, siapkan hal persekolahan anak, makan minum anak. Itu belum hal kita lagi, berus gigi kita pun mereka tahu bila perlu tukar, 'gillette' kita pun mereka boleh tahu bila perlu tukar.
Kadang-kadang, diri sendiri pun tak terurus, makan pun tak sempat. Mata pun boleh lebam sebab tak cukup tidur. Kita malam boleh tidur lena, tetapi tidak isteri yang berjaga malam menyusukan anak, tukar lampin anak, betulkan posisi anak.
Lebih penat lagi bila anak demam. Isteri sanggup berjaga malam, itu pun masih sempat selimutkan kita untuk pastikan kita tidur lena, tak nak ganggu tidur kita agar esok tidak mengantuk di tempat kerja. Bila bangun nak tolong, disuruhnya tidur kembali.
"Tidak mengapa, sayang boleh jaga anak. Demam biasa-biasa saja ni. Abang tidur ya."
Allahurabbi, banyak jasa isteri yang tidak mampu kita nak balas. Sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi mengungkit.
Apa salahnya kita sebagai suami beri perhatian pada isteri, jadi pendengar yang setia setiap keluhan mereka. Tatkala kita sedang 'mengeteh' sehingga larut malam, isteri menanti kesunyian di rumah. Bagilah masa yang ada ini untuk hargai mereka, luangkan masa bersama mereka dari membuang masa mengeteh setiap malam.
Selalu hadiahkan sesuatu untuk isteri sebagai tanda menghargai mereka. Ada masa, ada wang, ajaklah mereka bershopping termasuklah SPA.
Tidak mengapa bang kita susah mencari rezeki. Ini rezeki untuk anak-anak dan isteri juga. Isteri pun faham kemampuan kita. Dia lagi faham apa perlu dan apa yang tidak perlu sebab dia kenal 'poket' kita.
Rakan Matt mula on handphone.
"Matt, jap. Aku nak call isteri tanya dia dah makan ke belum. Betullah Matt apa yang kau cakap. Kadang-kadang kita tidak nampak susah payah mereka. Tanya dah makan ke belum, isteri dah suka walaupun kita dah tahu dia dah makan tadi. Betullah, setiap hari perlu hargai isteri,"
Blogger Comment
Facebook Comment