Saya serang dan hentak kepala mereka sampai 'koma' - Mangsa tampil dedah cerita sebenar


KOTA KINABALU, SABAH - Susulan viralnya dakwaan seorang gadis nyaris dirogol dan disamun dua lelaki warga asing, kami menghubungi mangsa, Alice Lien Hua, bagi mendapatkan apa sebenarnya yang berlaku pada waktu kejadian itu. 

KRONOLOGI:

Kejadian berlaku jam 11.40 malam. Saya balik dari rumah saudara. Setelah sampai di Bandar Putatan, saya diekori oleh dua orang lelaki menunggang sebuah motosikal yang saya tidak kenali. Saya berhenti seketika di bahu jalan berdekatan Sungai Petagas. 

Dua lelaki itu kemudian turun dan mengetuk cermin kereta, menyuruh saya keluar. Saya rasa tidak selesa dan marah, lalu keluar dari kereta dan bertanya apa masalahnya sehingga suruh saya keluar dari kereta. 

Mereka menyatakan bahawa mereka mahu duit yang saya ada. Saya tak beri mereka apa-apa dan kata saya tak ada duit sekarang. Salah seorang dari mereka terus mengheret saya ke semak dan meletak sebilah pisau pemotong daging di leher.

Lelaki itu memberikan amaran yang dia akan mengelar leher saya jika saya mengambil sebarang tindakan. 

"Aku akan kelar leher kau kalau kau bertindak apa-apa!"

Dalam masa yang sama, saya nampak rakannya masuk ke dalam kereta dan menggeledah segala barang yang ada di dalam kereta. 

Saya marah dan terus gunakan seni mempertahankan diri yang saya pelajari di Luyang selama dua tahun lalu. Saya terus menyerang lelaki itu  menyebabkan dia terjatuh terlantar.

Saya juga serang rakannya yang berada di dalam kereta. Dia cuba melarikan diri tetapi saya sempat menepis dan menghentak kepalanya di bahagian belakang kereta. Saya nak masukkan kepala dia di bahagian tayar tetapi tak dapat. Bonet kereta pula rosak selepas hentak kepala lelaki itu tadi. Saya hentak dia pun sebab tangan dah sakit sebab tumbuk kepala lelaki pertama tadi. 

Kedua-dua lelaki itu koma (tidak sedarkan diri) dan ingin saja saya menamatkan riwayat mereka dengan hanya satu jurus. Tetapi saya teringat pada undang-undang Malaysia, terus saya menghubungi rakan yang bertugas (CiD). 

10 minit kemudian, mereka tiba di tempat kejadian dan kedua-dua lelaki itu terus dibawa pergi ke ICU KPJ Luyang. 

Sekarang, kedua-dua lelaki itu yang merupakan warga asing bangsa Sulu ditahankan dan akan diusir keluar dari Malaysia kerana masuk ke Sabah tanpa kebenaran," katanya. 

Menurut Alice, dia juga turut ditahan dan digari dalam kejadian malam tadi sebelum dibawa ke Balai Polis Kota Kinabalu. Kedua-dua lelaki terbabit bagaimanapun baru tersedar dari 'koma' pagi ini. - The Reporter

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment