Gambar dan video yang diviralkan oleh Chek Nana IV itu kini viral di media sosial, mencetuskan simpati netizen yang rata-rata mahu membantu ibu tunggal berkenaan.
Menurut Nana, dia hanya mengetahui penderitaan yang dilalui oleh ibu tunggal itu dari seorang pakcik OKU yang datang membeli nasi di kedainya.
"Semalam pakcik ini datang beli nasi di kedai saya. Dah siap bungkus, saya pun bagi pada dia. Tetapi dia tak boleh nak pegang sebab dia berkerusi roda. Nak gantung pun tak boleh, takut jatuh.
"Saya pun tanya dia duduk di mana. Katanya jual tisu di depan CIMB Bank. Saya pun pergi hantar dan tiba di sana, ternampak seorang wanita bersama dengan bayinya berusia dua bulan yang asyik menangis saja. Saya bagi nasi itu kepada ibunya dan sempat berborak seketika," kata Nana.
Berdasarkan perbualan Nana dengan ibu tunggal berkenaan, dia telah ditinggalkan suaminya yang merupakan seorang penagih dadah dan kaki judi. Dia juga pernah dipukul sebelum ditinggalkan. Mujur ada lelaki bernama Din, yang banyak membantunya selama ini.
Posted by Chek Nana IV on Monday, 16 January 2017
Menurut ibu tunggal itu, anaknya, Muhammad Syakir, sudah beberapa hari tidak minum susu badan kerana dirinya sudah lama tidak makan nasi.
"Sambil dia menangis buka bungkusan nasi untuk dimakan, saya pun tolong pegangkan anaknya sampai bayi itu tertidur. Ya Allah, kasihannya bayi yang tidak bersalah itu," kata Nana.
Jelas ibu tunggal itu lagi, di siang hari, dia bekerja mencuci pinggan di sebuah kedai makan di Jalan P. Ramlee. Majikan yang baik itu juga tidak kisah dia membawa bayinya setiap hari.
"Bapanya memang kaki dadah dan kaki judi, jangan kahwin dengan orang seperti ini. Cari yang baik, yang hodoh pun tak apa. Akak dah terkena dah, dah letih dah hidup macam ini. Kesian anak hidup merana.
"Anak saya berusia dua bulan dan dilahirkan secara pembedahan dan tambahan akak ada darah tinggi dan kencing manis. Lima hari anak ditahan di ICU.
"Abang Din kawan yang baik, banyak tolong akak. Orang OKU yang sudi tolong akak," katanya.
Sementara itu, pihak Skuad Jejak Asnah Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengambil maklum mengenai ibu tunggal berkenaan dan telah menjejaki mereka di bangunan CIMB kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam semalam. Namun gagal menemui wanita berkenaan.
"Menurut pekerja bank, kebiasaannya wanita dan anaknya itu berada di situ pada malam hari. Malam ini kami akan segera meneruskan pencarian dua beranak berkenaan," kata pihak berkenaan. - The Reporter
via OhKisahnya
Blogger Comment
Facebook Comment