Nak Tengok Perempuan Yang Benar-Benar Cantik? Tengoklah Perempuan Yang Dah Ada Anak


Perempuan kalau cantik semasa bujang, itu adalah normal. Tiada tanggungan, tiada anak, paling-paling headache pun hanya fikir tentang masalah teman lelaki atau di mana lokasi percutian seterusnya. 

Kalau nak tengok perempuan itu benar-benar cantik atau tidak, tengok perempuan yang sudah ada anak, yang sudah menjadi ibu terutamanya ibu tunggal. Sebab apa? 

1. Badan pernah membesar mengalahkan gajah bunting, hidung jadi macam gobuk, paha macam kaki gajah, perut bermacam-macam design mengalahkan kain batik. Tetapi masih boleh maintain slim selepas bersalin. 

2. Walaupun sibuk dengan jadual kerja yang pada, stress tahan gaban, masalah dunia yang sentiasa tak adil, tetapi bila pulang ke rumah, mereka masih boleh melayan anak dengan penuh kasih sayang. 

3. Kepala pusing, pening, demam teruk, tetapi mereka masih gagah bangun di tengah malam buat susu untuk anak. 

4. Penat macam mana sekalipun, mereka masih boleh peka semasa tidur. Terpaksa tidur-tidur ayam. Tidur pun tak boleh bebas sebab bimbang baby kena onsit. 

5. Multitasking. Boleh buat double triple untuk isi perut-perut si kecil di rumah. 

6. Walaupun terbeban dengan semua perkara di atas, namun masih mampu tampil cantik, baik dan manis. 

7. Anak-anak terurus walaupun sibuk dengan urusan pejabat dan kerja rumah. 

Sebenarnya menjadi ibu ini tidaklah sesukar mana pun. Get pregnant and after 9 months, there you are. Congratulation! You are a mom! But that's not it, di situlah kehidupan bermula. 

Part raising a child itu yang mencabar. Tidak sesukar mana tetapi agak mencabar. Tetapi itulah yang kita gelar sebagai kehidupan. 

Saya percaya setiap anak ada rezeki masing-masing. Tuhan takkan bagi kita anak kalau Dia tahu kita tidak mampu membela/membesarkan anak. 

Jadi, usahlah takut menjadi ibu. Penat memang penat tetapi berbaloi. Belum ada anak, cantik menawan, terurus dan macam-macam lagi yang semua orang boleh buat. Tetapi untuk tampil cantik dan kemas selepas ada anak, belum tentu orang boleh buat. 

Kepada ibu-ibu yang gorgeous di luar sana, Salute! - Shaza Sulaiman | The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment