(Video) Lelaki Putus Hujung Jari Kelingking Dilibas Dengan Parang


PASIR GUDANG - Seorang lelaki cedera di tangan akibat ditetak oleh seorang lelaki yang menyerangnya menggunakan parang, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pasir Gudang dari Tanjung Langsat. mangsa berusia lewat 30'an itu telah diserang oleh seorang lelaki menggunakan parang setelah keretanya Proton Iswara miliknya dihalang lori treler tersebut. 

"Kawan saya diserang dan ditetak menggunakan senjata yang disyaki parang setelah keretanya dihalang lori treler tersebut," kata individu yang memuat naik gambar dan video kejadian, Cucu Bugis Bugis. 

Posted by Cucu Bugis Bugis on Saturday, 10 December 2016

Video berdurasi 24 saat yang dirakam orang awam, mangsa dilihat sedang berdepan dengan lelaki yang membawa senjata tajam berkenaan, namun cuba ditenangkan beberapa lelaki. 

Berdasarkan gambar yang dikongsi, kelihatan hujung jari kelingking tangan kiri terputus akibat kejadian itu. 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca sebenar kejadian menyebabkan netizen mula melemparkan komen-komen yang tidak bertanggungjawab. 

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes kini dalam siasatan. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment