(Video) 'Patutlah Rasa Gatal' - Wanita Temui 'Pepijat' Dalam Panty Liners


KUALA LUMPUR - Video seorang wanita mengadu terdapat bendasing di dalam panty liners yang baru dibelinya, viral di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen khususnya wanita. 


Menurut Ey Ey yang memuat naik video berdurasi 2 minit 23 saat itu, panty liners tersebut baru saja dibelinya di kedai. Malangnya setelah dipakai, ia mendatangkan rasa gatal sehingga memaksanya memeriksa bahagian dalaman panty liners tersebut. 

Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati terdapat bendasing di bahagian dalam panty liners berkenaan seakan-akan pepijat. 

"Patutlah saya rasa gatal. Sekali tengok di dalamnya, adeh!" katanya. 

Video itu kini telah ditonton 479,000 kali dan 16,289 perkongsian di Facebook. 

Segelintir netizen mendakwa berkemungkinan Ey Ey mendapat stok lama yang telah dicemari pepijat. Tidak kurang juga yang mendakwa panty liner tersebut telah tamat tempoh. 

Walau bagaimanapun, pengguna wanita dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa memeriksa panty liners yang dibeli. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment