'Saya Lebih Selesa Begini, Buat Apa Nak Jaga Hati Orang?' - Uqasha


KUALA LUMPUR - "Saya selesa begini daripada bertudung hanya sebab nak menjaga hati orang ramai buat apa? Lebih baik jaga diri sendiri dan saya rasa lega," demikian kata pelakon Uqasha Senrose kepada Astro Gempak. 

Uqasha kini lebih selesa kerana beliau tidak perlu lagi menjadi hipokrit dan tidak kisah jika ada yang tidak menyukai penampilannya terkini. 

"Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang yang tidak suka. Jadi saya nak buat bagaimana? 

"Kita tidak dapat nak memuaskan hati semua orang. Namun saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya," katanya. 

Jelas Uqasha, sebelum beliau mengambil keputusan untuk membuka tudung, beliau telah berfikir akan akibat yang akan diterima. Nekad tidak mahu menjadi hipokrit, beliau teruskan niatnya. 

Akibatnya, Uqasha menerima pelbagai komen-komen negatif di laman Instagramnya sehingga pernah menutup seketika ruangan komen kerana tidak tahan dengan komen yang terlalu teruk dilemparkan kepadanya. 

"Nak kata tertekan sampai tak keluar rumah itu tidaklah. Cuma memandangkan ini adalah pilihan saya, jadi saya perlu berani untuk menghadapinya. Tetapi sekarang semuanya sudah kembali seperti biasa dan tidak kisahlah orang nak kata apa. Yang penting, saya gembira," katanya. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment