2 Beradik Ditumbuk & Diragut Dalam Kereta


JOHOR BAHRU - Dua wanita lembam di bahagian muka dan mengalami kerugian RM1,300 selepas diragut oleh tiga lelaki, pagi Ahad. 

Dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi di Jalan Silat Lincah berhadapan Sri Awana Town House, Zaharah Abdul Malik dan adiknya Zabariah Abdul Malik menaiki kereta Proton Saga tiba-tiba dihampiri sebuah kereta jenis sama yang dinaiki oleh tiga lelaki tidak dikenali.  

"Mereka berhenti di sebelah kereta kami dan terus membuka pintu lalu mengambil barang kemas milik adik saya. Malah kami ditumbuk beberapa kali di bahagian muka dan badan," katanya. 

Selepas berjaya meragut mangsa, ketiga-tiga suspek melarikan diri dan saksi kejadian sempat merakam nombor pendaftaran kenderaan suspek. 

"Suspek menaiki kereta Proton Saga JRT 4132 berwarna merah dan cermin belakang telah pecah," menurut laporan polis yang dibuat oleh mangsa. 

Sementara itu anak mangsa, Muhamad Zarif Roslan, meminta bantuan orang ramai mengesan ketiga-tiga suspek. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment