SEMALAM satu Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Yusnida Husian, 48, yang mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain sebagai ‘pecah amanah’.
Ia susulan gagal memberi wang sumbangan orang ramai terhadap dua anak perempuan kepada pasangan Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Mei tahun lalu.
Kali ini, Muhammad Faizznur tampil dengan memuat naik statusnya dalam Facebookyang mendakwa dirinya difitnah dan akan membawa isu berkenaan ke muka pengadilan.
Dalam postingnya, Faizznur berkata, akan membawa pertuduhan fitnah ini ke muka pengadilan kerana mahkamah merupakan satu platform yang akan memberikan keadilan bagi menganalisis setiap permasalahan berdasarkan bukti-bukti yang sahih
Dia bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dinasihatkan peguam untuk menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan.
“Di dalam keadaan genting sekarang saya bersyukur kerana ada yang membuat tohmahan serta cacian kepada saya dan keluarga tanpa memberikan saya ruang untuk membela diri.
“Saya mohon rakyat Malaysia untuk memberikan ruang saya dan keluarga yang difitnah ini untuk membela diri di muka pengadilan,” katanya.
Posting Faizznur melalui akaun Facebooknya Faizz Nur itu mendapat kritikan netizen yang mempersoalkan tindakannya gagal memberi wang sumbangan orang kepada Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4.
“Aku tunggu penjelasan dr pihak ko plk..aku nk thu kemana duit itu diuruskan?sebgi pemegang amanah adakah ko mjge dia sepenuh masa? dan lepas ni..hope segala urusan anak yatim ini selesai,” tulis Chot Tom dalam Facebook.
Faizznur yang sebelum ini mewar-warkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga.
Yusnida dalam sidang media semalam mendakwa dua anak saudaranya hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000. – MYNEWSHUB.CC
Blogger Comment
Facebook Comment