'Saya Difitnah' - Faizz Nur


KUALA LUMPUR - Susulan dakwaan Yusnidah Hussain yang mendakwa dua beradiknya 'pecah amanah', Faizz Nur tampil memberi penjelasan tetapi tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan kakaknya itu. 

"Saya bersyukur kerana ada yang membuat tohmahan serta cacian kepada saya dan keluarga tanpa memberikan saya ruang untuk membela diri. 

"Bagaimanapun saya membuat keputusan untuk membawa pertuduhan fitnah ini ke muka pengadilan dan bertindak untuk tidak membuat sebarang kenyataan di media massa kerana saya dinasihati oleh peguam untuk menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan," katanya. 

Justeru, beliau meminta orang ramai memberikan ruang untuk diri dan keluarganya yang telah difitnah untuk membela diri. Kes fitnah ini juga akan dibawa ke mahkamah kerana bagi beliau, media sosial bukanlah medium yang terbaik untuk merungkai permasalahan tersebut. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment