KUNYIT DALAM PERAWATAN TRADISIONAL



Dalam segi perubatan tradisional kunyit mempunyai berbagai-bagai kegunaan untuk rawatan untuk penyembuhan dan juga untuk pengekalan kesihatan,


Dalam ilmu perubatan moden kunyit dikenali dengan nama Zingiberaceae.


DALAM PANTANG


Untuk ibu-ibu yang baru bersalin, masih dalam pantang kunyit digunakan untuk rawatan-rawatan tertentu. Dalam masa tiga hari selepas bersalin ibu-ibu diberi minum air kunyit. Sebaik-baiknya yang digunakan ialah yang ibu kunyit.


Ibu kunyit itu ditumbuk, sekarang dikisar hingga hancur, kemudian ditapis dalam gelas. Kemudian dicampur dengan sedikit air sekadar yang perlu dan terus diminum. Biasanya selama beberapa hari. Dalam hal ini selama tiga hari telah memadai, sebelum ditukar keapda minuman herba yang lain pula.


Sepanjang masa tiga hari itu perut si ibu yang dalam pantang itu dibalut [barut] dengan menggunakan kunyit yang ditumbuk atau dikisar dan dicampur dengan garam halus. Perkara ini dilakukan pada waktu malam dan hingga pagi selepas sarapan barulah dibuka.barutnya. Selepas tiga hari barulah ditukar kepada bahan pembalut perut yang lain.


Sementara itu isi atau rizom kunyit itu yang muda pula dibuat ulam mentah ketika makan nasi selama mana dikehendaki.
Bayi-bayi yang tersumbat hidung dan sukar untuk tidur disapukan dengan kunyit yang digesel atau diasah pada benda-benda yang kasar permukaannya, seperti belakang pasu tanah [ada sejenis alat khas pengasah yang dipanggil canai] kemudian  dicampur dengan sedikit minyak kelapa, disapu di atas dahi bayi, di antara dua kening. Tapi awas warna kunyit boleh mengotorkan pakaian bayi.


Di sesetengah tempat, untuk merawat perut bayi yang meragam, ibu kunyit direbus bersama dengan bawang dan bawang putih dan diberi minum kepada bayi.


Para wanita digalakkan untuk meminum jus isi kunyit yang dicampur dengan gula batu untuk kesegaran wajah. Ia diamalkan sejak wanita itu berada di dalam alam remaja lagi.


Jus air kunyit juga dipercayai dapat meredakan darah tinggi jika dimimun setiap hari selama waktu-waktu tertentu.


Untuk meredakan batuk pula, ibu kunyit ditumbuk dan dicampur dengan kapur sirih dan disapu pada leher.


NASI kUNYIT 


Pada masa yang lalu, ada sesetengah kalangan masyarakt kita menyedia nasi knnyit sebagai sebahagian daripada cara perubatan tradisional. Dan ia jug disedikan di majlis-majlis tertentu untuk santapan para tamu, seperti di majlis-majlis khatam al-Quran dan juga di majlis-majlis perkahwinan yang diletak atas pal-pal. Para pengantin di atas pelamin diadatkan menyuap nasi kunyit kepada mereka berdua. Adat ini yang masih hidup hingga ke hari  ini.

Nasi kunyit ini diperbuat daripada pulut yang dimasak dan diwarnakan dengan kunyit, dimasakkan dengan santan dan garam sesedap rasa. Ia biasanya dikukus untuk lebih kelihatan cantik dan lebih enak dimakan daripada ditanak. .


DAUN KUNYIT


Kunyit mempuyai batang yang pendek dan lembut. Ia boleh meninggi samapi satu m. Daunyanya lebar dan runcing di hujungnya, dan mengeluarkan bau yang wangi jika disiat-siat atau diramas-ramas.

Justeru itu daun kunyit biasanya digunakan untuk mebalut ikan yang hendak dibakar untuk mendapatkan aromanya yang menyelerakan.



                                     Isi Kunyit yang kuning


Daun kunyit juga merupakan  sebagai sebahagian daripada bahan-bahan yang digunakan untuk mandian ibu yang masih dalam pantang. Antara bahan-bahan lain yang digunakan ialah daun serai wangi, daun lengkuas dan sebagainya.


Kunyit boleh dibeli di pasar-pasar, di kedai-kedai runcit dalam bentuk segar [kunyit hidup] atau dalam bentuk tepung [debu kunyit].


Orang-orang kampung, biasanya menanam pokok-pokok kunyit di tepi-tepi rumah mereka untuk kegunaan sendiri. Sebaliknya para peniaga pula menanam pokok-pokok kunyit di ladang-ladang untuk perdagangan.




Sumber : pondokrahmat


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment