'Kami Hanya Tegaskan Bapa/Ibu Saudara Hanya Sebagai Pemegang Amanah' - Mufti WP


KUALA LUMPUR - "Bapa/ibu saudara hanyalah sebagai pemegang amanah," demikian tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan ibu saudara dua kanak-kanak berkenaan, Yusnidah Hussain bahawa dua adiknya itu telah merujuk kepada mereka mengenai wang sumbangan orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana ianya adalah akaun atas nama mereka sendiri, bukan dua kanak-kanak berkenaan. 

"Memang kami ada menziarahi keluarga ini sebagai tanda simpati beberapa hari selepas tragedi berkenaan. Ada yang bertanyakan kepada kami tentang keharusan penggunaan wang sumbangan orang ramai untuk keperluan (maslahah) anak-anak yatim itu sendiri. 

"Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara hanya sebagai pemegang amanah di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah tertakluk kepada keperluan (maslahah) dan sumbangan atau sedekah kepada kedua-dua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab.

"Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya, bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya," katanya melalui laman Facebook rasminya sebentar tadi. - The Reporter

Artikel berkaitan:
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment