Kenapa rasa lapar selepas bangun dari tidur?

Image result for breakfast


Ada dua situasi yang kami nak kongsikan dalam artikel ini.
Pertama: kalau kita tidur dalam keadaan lapar, rasa lapar itu secara automatik akan hilang apabila kita bangun.
Kedua: ada situasi lain di mana kita bangun dari tidur dan terus rasa lapar sangat.
Biasa terjadi tak pada anda?

Keadaan-keadaan metabolisme badan

Ada tiga jenis keadaan metabolisme tubuh manusia iaitu fasa serapan (fed), fasa pascaserapan (fasting/fasted) dan kebuluran (starvation).
Fasa fasting atau berlapar merujuk kepada menahan diri daripada makan, minum atau kedua-duanya untuk sesuatu tempoh yang tertentu.
Ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah dry fasting di mana seseorang tidak makan atau minum langsung untuk tempoh tertentu dan juga water fasting di mana seseorang itu tidak memakan apa-apa kecuali meminum air.
lapar selepas bangun tidur
Apa yang menarik, anda tidak perlu berpuasa sehingga sehari suntuk sebelum tubuh anda memasuki fasa berlapar ini. Dari sudut fisiologi, fasa ini bermula sebaik sahaja proses penghadaman selesai.
Ini bermakna, setiap hari pun anda 'berpuasa' kerana selepas 3 - 4 jam anda makan, tubuh anda sudahpun mula berlapar. Apabila anda tidur malam juga tubuh anda berada dalam fasa ini.

Simpanan glikogen

Makanan yang sering dimakan mengandungi sumber karbohidrat yang tinggi. Ini adalah normal kerana karbohidrat merupakan sumber tenaga utama. Malah, sel otak dan otot kita mengutamakan karbohidrat berbanding sumber-sumber tenaga yang lain seperti lemak dan trigliserida.
Walau bagaimanapun, badan kita hanya memerlukan karbohidrat cukup-cukup untuk melakukan aktiviti fizikal harian. Bagi individu yang tidak mempunyai sebarang gangguan metabolisme, karbohidrat berlebihan ini akan ditukarkan kepada rantaian glukosa kompleks yang dipanggil glikogen. Glikogen ini disimpan di dalam hati dan sel otot.
glukosa dalam darah
Apabila seseorang tidak makan untuk sesuatu tempoh, paras glukosa akan menurun. Untuk memenuhi keperluan tenaga badan, hati akan menguraikan glikogen yang tersimpan supaya tubuh boleh meneruskan aktiviti seperti biasa.

Apabila tidur dalam keadaan berlapar, rasa lapar itu akan hilang apabila bangun

Bagi individu yang bertubuh normal dan kesihatan yang baik, karbohidrat yang dimakan akan ditukarkan sebagai tenaga sedikit demi sedikit sepanjang melakukan aktiviti harian.
Apabila ada jurang masa yang besar antara 3-4 jam, misalnya antara waktu makan malam dan waktu tidur, mereka akan mula berasa lapar semula kerana paras glukosa yang semakin menurun.

Apabila paras ini menjadi terlalu rendah, hati akan mula membekalkan tenaga melalui penguraian glikogen. Sebab itulah anda tak rasa lapar kerana hati telah mengekalkan paras glukosa darah semasa tidur. Lagipun semasa tidur, tiada aktiviti fizikal yang berlaku, jadi tidak banyak tenaga yang digunakan.
Selain itu, ada juga faktor lain yang boleh dikaitkan dengan situasi ini seperti kehadiran dua hormon utama iaitu leptin dan ghrelin yang mempengaruhi selera makan. Kedua-dua hormon ini dipengaruhi oleh kualiti dan tempoh tidur seseorang. Jika anda mendapat tidur secukupnya, hormon ini akan mengawal nafsu makan anda. Sebab itulah rasa lapar akan hilang selepas bangun.

Kenapa pula adakalanya bangun tidur rasa sangat lapar?

Ini biasanya terjadi apabila anda mengambil makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang dan aiskrim sebelum masuk tidur. 
Makanan tinggi karbohidrat akan meningkatkan paras gula darah dan insulin. Insulin kemudian perlu bekerja keras untuk mengembalikan gula darah ke paras yang normal semasa anda tidur.
Proses ini tidak akan dirasai semasa sedang tidur nyenyak, tapi apabila anda terjaga saja, tiba-tiba BOOM! Anda akan berasa sangat lapar seperti tak makan seminggu!
Keadaan ini disebabkan jumlah glukosa dalam darah sudah berada pada paras yang sangat rendah. Oleh itu, jangan makan sebarang hidangan yang tinggi karbohidrat sejurus sebelum tidur!
Sumber : http://iluminasi.com


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment