'Dia memang istimewa, dia datang dalam hidup saya dengan cara baik' - Elfira Loy


KUALA LUMPUR - Sempena hari lahirnya yang ke-25 hari ini, penyanyi, Sufian Suhaimi mendapat kejutan manis dari pelakon yang digosipkan dengannya ketika ini, Elfira Loy, diajak menaiki helikopter, lapor Berita Harian

Pada awalnya Elfira membawa Sufian menikmati sarapan pagi nasi lemak di sebuah lokasi di ibu kota, akhirnya Elfira 'memperdayakan' penyanyi itu menaiki helikopter dengannya kira-kira 20 minit sebelum mengajak Sufian menemaninya ke The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan, kononnya beliau mempunyai sesi fotografi Hari Raya di sana. 

Sesi fotografi terbabit sebenarnya ialah acara sambutan hari lahir kejutan buat Sufian yang dihadiri rapat dengan penyanyi muda berkenaan. 

"Alhamdulillah, saya berjaya juga 'mengenakan' dia (Sufian). Susah juga sebenarnya hendak mengumpul insan rapat dalam hidupnya di The Shorea ini. Maklumlah, kebanyakannya bukan daripada ibu kota," katanya sambil memberitahu acara itu dihadiri kira-kira 20 tetamu. 

Berkata kepada Berita Harian, Elfira mula akrab dengan Sufian sejak dua bulan lalu dan menganggap lelaki itu cukup istimewa. 

"Apa yang boleh saya cakap, dia memang istimewa. Ketika ini, dia antara lelaki yang rapat dengan saya. Dia datang dalam hidup saya dengan cara baik. Saya dan dirinya cuba menikmati detik ini sebaik mungkin. 

"Cuma kalau ditanya lebih-lebih, memang tidak timbul soal kami cuba menutup sesuatu cerita atau sebaliknya. Kami hanya mengikut aliran rentak semasa. Apa yang saya lakukan kepadanya hari ini juga kerana dia seorang yang sangat baik," katanya. 

Sementara itu, Sufian dalam kenyataannya menganggap gadis berkening lebat itu cukup rapat dengannya. Namun untuk melabelkan perhubungan mereka sebagai percintaan, ia sesuatu yang tampak terlalu serius. 

"Jika kami sudah bertunang atau merancang ke arah yang lebih serius, pasti (ia) akan dikongsi. Cuma hingga kini kami belum ada perancangan ke arah itu," katanya. 

Mengulas kejutan yang dibuat Elfira, Sufian menganggap ia suatu hadiah istimewa daripada temannya yang cukup bermakna. 



Terdahulu, portal hiburan OhBulan! melaporkan Elfira berang dengan komen seorang pengguna Instagram yang mendakwa dia terdesak, lalu membalas komen berkenaan. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment