'Jenazah wanita yang mati melahirkan anak ini lain dari yang lain'



Bismillah

Harini 12 April 2017, saya dan bilal berpeluang mengambil jenazah wanita dari Hospital Shah Alam untuk dibawa ke Kediaman Plantium Seksyen 7. Jenazah tersebut adalah jenazah ibu yang mati melahirkan anak disebabkan bleeding terlalu teruk dan infaction. Maka Allah tarik nyawanya dalam jam 2 petang hari ini di saat melahirkan anak. Anaknya selamat.

Jenazah ini lain dari yang lain pernah saya uruskan sebelum ini dan ini kali pertama dapat memberi bakti walaupun hanya sekadar mengangkat jenazah yang mati akibat bersalin. SubhanAllah. Matinya syahid dan calon syurga. Harum bau jenazahnya. Seingat saya, hanya saya sahaja yang merasai harum baunya. Tetapi bilal saya juga turut merasakan keharumannya.


Dalam kesibukan urusan hospital, saya mencari-cari suaminya. Rupanya beliau berhampiran dengan saya dan beliau redha tersnyum dengan pemergian si isteri dalam keadaan baik. Allah, suami yang tabah dalam takdir yang Allah tentukan.

Gambar yang memadai untuk tatapan sahabat melihat dan merenung. Bukan jenis saya untuk mengambil gambar dalam sesuatu situasi yang tidak kena pada tempatnya. Bukan semua orang diberi peluang untuk mati dalam keadaan bersalin dan melihat sendiri kebaikan setelah meninggal.

Kisah ringkas yang dapat disimpulkan:
  1. Anugerah buat isteri yang mati dalam melahirkan anak
  2. Ketabahan seorang suami bila berlaku pemergian si isteri tercinta
  3. Ganjaran yang Allah berikan buat mereka sekeluarga termasuk si suami ke syurga Allah. InsyaAllah. Bi iznillah.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment