HULU SELANGOR - Pemilik sebuah kedai jamu, Sifujamu, nyaris mengalami kerugian RM400 selepas cubaan seorang lelaki berusia 40-an menipu kakitangannya gagal.
Dalam kejadian jam 12.26 tengah hari semalam, lelaki itu yang datang dengan menaiki motosikal mendakwa dirinya datang meminta baki hutang RM400 dari kakitangan dan ketika kejadian itu, pemiliknya tiada di kedai.
"Saya keluar dari kedai jam 12.23 tengah hari dan lelaki itu datang selepas tiga minit kemudian. Selepas itu, dia bertanya pada kakitangan di mana 'boss' bagi memastikan tiada orang lain di kedai, sebelum meminta nombor telefon saya untuk dihubungi.
"Tanpa mengesyaki niat lelaki itu, kakitangan saya terus beri business card saya padanya dan lelaki itu terus berpura-pura menghubungi saya," tulis pemilik kedai Sifujamu di Facebook.
Selepas lelaki terbabit berpura-pura membuat panggilan pada pemilik kedai, dia meminta kertas dan sekali lagi berpura-pura membuat kiraan kononnya pemilik ada buat pintu rumah tetapi baki bayaran masih belum dibayar.
Namun suspek tidak menyedari bahawa pemilik kedai tinggal di kedai tersebut menyebabkan kakitangannya mula curiga.
"Dia tulis pada kertas kononnya kos pintu rumah saya RM730 dan saya masih belum bayar baki RM400 lagi selain mendakwa saya yang menyuruhnya datang mengambil baki hutang di kedai.
Lu punya bos suluh angkat wang sini. Itu baki lagi RM400, kasi angkat cepat. Saya ada hal lagi mau bikin...
Kakitangan Sifujamu menegaskan majikannya tidak meninggalkan sebarang duit untuk dituntut oleh mana-mana pihak, lalu suspek menyarankannya mengambil duit di dalam mesin juruwang.
Mana ada duit lagi, kedai baru saja buka. Lagi satu, saya punya boss tak ada rumah. Dia tinggal dalam kedai ini saja.
Mendengar penjelasan kakitangan berkenaan, suspek terus keluar dari kedai dan segera menghidupkan enjin motosikalnya Demak EX5 (maroon/merah) dan meninggalkan kawasan itu.
"Share dan viralkan uncle ini, cari sampai dapat. Kedai sebelah saya dah kena pau RM800. Harap orang lain berhati-hati," katanya. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment