Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di mana kita semua sedia maklum selepas menyambut pesta Chingay, kita dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan 8 kanak-kanak/remaja yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru Selatan.
Kejadian berlaku dalam jam 3 pagi yang mana sebuah motokar dari arah Taman Pelangi menghala ke Skudai dipandu seorang perempuan Cina berumur 22 tahun. Apabila tiba di tempat kejadian, sekumpulan remaja lebih kurang dalam 30-40 orang yang mana memiliki basikal yang telah diubahsuai dan menutupi sepanjang jalan.
Pemandu tidak sempat untuk mengawal kenderaannya kerana jalan itu kalau kita tengok daripada Taman Pelangi menghala ke Skudai, naik bukit kemudian turun bukit dan berlakulah kemalangan.
Lapan orang remaja terbunuh di tempat kejadian, dua masih lagi kritikal dan enam orang lagi cedera setakat ini (Mangsa maut 9 orang dalam laporan terkini).
Yang kita telah kenalpasti, remaja ini semua berumur di antara 13 tahun hingga 17 tahun. Enam daripada mangsa merupakan pelajar sekolah menengah dan kita sedang siasat dan menghubungi waris mereka.
Sehubungan dengan itu, kita menasihatkan orang ramai supaya pantau pergerakan anak-anak terutamanya remaja yang berumur 10 tahun ke 18 tahun supaya ada di rumah pada waktu seperti ini.
Basikal yang kita dapati adalah basikal yang telah diubahsuai. Dipotong pendek, beroda kecil dan sebagainya, memang betul-betul menyalahi undang-undang.
Pihak polis sendiri telah membuat operasi sebelum ini. Sepanjang tahun lepas, sebanyak 28 operasi telah dibuat dan telah menyita 37 buah basikal yang diubahsuai. Pada tahun ini sahaja bermula Januari, sehingga hari ini, kita telah buat lima operasi dan 17 buah basikal telah disita.
Kebanyakan mereka bertempiaran lari apabila ternampak kehadiran polis. Basikal yang diubahsuai mereka kebanyakannya tiada brek, roda tak mengikut spesifikasi basikal yang sebenarnya dan tujuan mereka adalah untuk seronok-seronok dan berlumba sesama mereka sendiri di jalan raya sekitar jam 3 - 5 pagi di mana mereka beranggapan jalan raya lengang.
Pihak polis memang sentiasa prihatin tentang masalah ini. Kita menyerulah pada ibu bapa tengokkan anak masing-masing. Bukan sahaja tengokkan motosikal, malah basikal pun kita kena tengok juga.
Dalam kes ini kita sedang menjalankan siasatan dan kita tidak menyalahkan mana-mana pihak dulu. Cuma kita nasihatkan remaja patuhi undang-undang jalan raya kerana kesalahan ini merupakan satu kesalahan mengubahsuai basikal dan sebagainya.
#johorbahru Sidang media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berhubung kemalangan maut membabitkan sekumpulan 16 remaja dan kanak-kanak di Jalan Lingkaran Dalam, Mahmoodiah, awal pagi ini
Posted by Harian Metro on Friday, 17 February 2017
Ia merupakan kesalahan di bawah Kanun Lebuhraya bahagian 3, yang mana penunggang basikal mesti mematuhi kaedah seperti yang Seksyen Artikel 68 dan tindakan saman boleh dikenakan.
Tindakan juga boleh dikenakan ke atas penjaga atau kedua ibu bapa yang cuai di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan. Hukumannya tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Hukumannya berat, ramai yang tidak tahu mengenainya. Jadi inilah yang kita nak nasihatkan. Pihak polis juga telah menjalankan operasi dan kita minta kerjasama orang ramai kalau nampak benda-benda seperti ini tolong hubungi pihak polis segera.
Pemandu wanita terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan masih ditahan untuk siasatan. Tiada langsung ciri-ciri yang menunjukkan pemandu itu mabuk. - The Reporter
Artikel berkaitan:
Artikel berkaitan:
Blogger Comment
Facebook Comment