'Pernah tegur sebelum ini..' - 9 penunggang basikal maut dirempuh kereta


JOHOR BAHRU - Sembilan remaja maut, manakala empat lagi parah apabila basikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, seramai 16 penunggang basikal berusia antara lapan hingga 16 tahun itu dilaporkan berlumba dari simpang bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah ke Dataran Bandaraya, tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu seorang wanita dari belakang. 

Lapor Berita Harian Online, kesemua mangsa dipercayai dari Kampung Seri Makmor Plentong dan Pasir Gudang pada kebiasaannya berlumba pada jam 12 tengah malam. Namun, aktiviti mereka itu bermula lewat berikutan jalan ditutup untuk perayaan Chingay. 


Enam mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian, tiga mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala yang lain cedera parah. Kesemua mangsa yang maut telah dihantar ke Bilik Mayat HSA untuk dibedah siasat.












Pada 31 Disember 2016 lalu, seorang wanita mengadu akan kehadiran sekumpulan kanak-kanak dan remaja berkenaan yang didakwa merayau di jalan utama pada waktu yang tidak sepatutnya. 


"Jam 3.20 pagi, ini anak-anak siapa? Seramai belasan kanak-kanak yang berbasikal di waktu begini berhampiran Bluewave Hotel menghala ke Jalan Lingkaran Dalam/Jalan Ah Siang. 

"Mereka berbasikal sesuka hati sehingga mengambil ruang satu lorong hanya disebabkan tiada kenderaan lain. Apa yang saya bimbang ialah, jika ada pemandu yang mabuk atau tidak menyedari kehadiran mereka, akan menyebabkan perkara yang buruk berlaku," kata Felicia Ng. 

Lapor laman Facebook JB Traffic, Road Blok & Potholes Report, ini bukan kali pertama sekumpulan kanak-kanak itu merayau dengan basikal mereka di waktu lewat malam. Malah ada yang mendakwa mereka gemar membuat bising dan mengacah-acah kenderaan yang lalu lalang untuk melanggar mereka. - The Reporterhttp://ift.tt/2bZvC5x
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment