- Ummi dan abah ambil kesempatan tinggal lama di rumah kecil kami sehingga tiada privacy
- Suami mula hilang sabar lalu mencari keseronokan di luar dan berskandal dengan rakan sepejabat
- Suami enggan tinggalkan perempuan itu dan mahu kedua-duanya
- Isteri nekad mahu bercerai, namun suami enggan dan mula sedar dan cemburu
- Malangnya isteri sudah hilang rasa cinta pada suami dan hanya tunggu masa
Dari Kisah Rumah Tangga
Assalammualaikum. Aku menulis hanya sekadar luahan perasaan yang tak larat nak ditanggung lagi. Maaf andai panjang berjela. Rumahtangga yang dibina selama berbelas tahun kini rebah kerana kesilapan orang lain dan aku menjadi mangsa keadaan.
Dipendekkan cerita, ummi dan abah ku suka tinggal dengan kami. Selesa katanya, sedangkan rumah kami teramatlah kecil. Flat murah, bilik ada 1 sahaja dan itulah bilik kelamin kami dan bilik anak-anak kami yang berusia 10 dan 2 tahun. Ruang tamu pula kecil dan dapurnya amat sempit.
Pada mulanya suami beri keizinan untuk ummi dan abah datang ke rumah pada bila-bila masa. Tetapi mereka mengambil kesempatan, terutamanya ummi. Dia langsung tak nak balik ke rumahnya dengan pelbagai alasan yang aku sendiri maklum. Ummi terus bermastautin di rumah kami.
Minggu silih berganti dengan bulan, tahun dan akhirnya kami pula yang seperti menumpang di rumah orang. Kami tak boleh buat apa-apa, langsung tiada privacy untuk kami sebagai suami isteri. Bilik kami digunakan sesuka hati, katil kelamin kami ummi dan abah guna dan dihenyak oleh anak-anak saudara yang dibawa ummi, bil elektrik naik melampau kerana kipas, lampu dan penghawa dingin dibuka 24 jam.
Berkali-kali aku tegur dengan baik tetapi tetap juga berulang. Beberapa kali juga aku minta dengan cara baik agar ummi dan abah pulang ke rumah mereka sendiri dan memberi ruang kepada keluarga kami. Tetapi hanya sekejap sahaja dan tidak lama selepas itu mereka kembali lagi gara-gara ummi yang nak duduk di rumah kami.
Akhirnya suami yang sudah bertahun memendam rasa tak dapat nak berlakon lagi, lalu mula mencari keseronokan di luar. Dia skandal dengan rakan sepejabat, si anak dara tua. Bersayang bercinta bagai sehingga menyebabkan dia jarang pulang awal ke rumah dan tidak lagi WhatsApp atau call mahupun membalas mesej aku. Bila aku hack WhatsApp dia, Allahu kecewanya.
Aku minta kepastian darinya. Perbincangan pertama, suami meluahkan sedikit sahaja apa yang dipendamnya. Katanya perbualan dalam WhatsApp itu hanya lakonan sahaja di mana dia menyuruh perempuan itu berlakon kononnya mereka bercinta agar dapat menarik perhatian aku. Malah dia turut bangkitkan isu ummi dan abah serta dia juga tidak tahu sejauh mana lagi rumah tangga kami ini. Allah.
Saya sudah jelaskan yang saya sudah meminta ummi dan abah pulang tetapi mereka tetap kembali ke rumah ini. Salah aku ke?
Untuk menyelamatkan rumah tangga kami, kali ini aku terpaksa berkeras meminta ummi dan abah keluar dari rumah kami. Allah, betapa peritnya aku rasa. Allah saja yang tahu bagaimana menangisnya hati ini walaupun aku tahu aku di pihak yang benar. Ummi terasa hati sangat-sangat pada suami aku dan mula marah-marah pada aku. Stress!
Malam itu, aku hack lagi WhatsApp suami. Konon berlakon tetapi makin rancak dia berdondang sayang dengan anak dara tua itu. Berdating, siap ajak duduk di riba. Anak dara tua itu bukan main gatal lagi. Katanya dia akan melayan suami aku selepas mereka berkahwin kelak. Sekarang cuma boleh ringan-ringan saja dulu. Perwatakkan anak dara tua itu konon alim bertutup litup tetapi gatal dengan suami orang. Siap tak nak melepaskan pelukan, nak sentiasa kiss.
Suami pula memuji dia cantik, gebu dan comel bagai. Yelah, anak dara tua belum kahwin, belum beranak. Kita ini dah dua orang manusia keluar dari rahimkita. Belas tahun suami pakai kita, jaga macam mana pun tetap sikit sebanyak ada buruknya, kan?
Sekali lagi kami berbincang buat kali kedua dan kali ini suami luahkan segalanya dan tetap tiada satu pun kesalahan aku. Katanya aku sempurna, jaga dia dan anak-anak dengan baik dan banyak membantunya, menyokongnya. Cuma satu saja yang kurang iaitu aku gagal menjaga privacy dia. Tetapi tetap bukan salah aku kerana itu salah ummi dan abah aku. Tetapi kenapa aku yang dihukum?
Suami tiada jawapan untuk itu. Aku dah jelaskan yang aku sudah 'menghalau' ummi dan abah dan mereka tidak akan datang ke rumah ini lagi. Aku lakukan apa sahaja untuk selamatkan rumah tangga kami.
Setelah berbincang hampir dua jam, suami akhirnya meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir.
"Bagi saya masa untuk berfikir. Saya sayangkan awak tetapi saya kecewa dan serabut. Kalau kita berpisah, andai jodoh masih ada kita pasti akan bersama semula. Saya minta awak bersabar. Bagi saya masa," katanya.
Runtuh jantung saya mendengarnya.
"Awak sayang saya tapi awak nak berpisah dengan saya dan bersama dengan perempuan itu? Awak nak hukum saya atas kesalahan orang lain? Kenapa saya yang harus menjadi mangsa? Awak memang mahukan perempuan itu, kan? Begitu mudah awak nak melepaskan saya setelah apa yang saya sudah korbankan? Setelah semua susah senang yang kita sudah harungi bersama?" soal aku.
"Saya nak dua-dua," kata suami.
Sungguh lelaki ini tidak sedar diri. Hutang dia pun aku yang tolong lunaskan. Nafkah anak-anak pun aku beri ihsan, makan pun tak cukup, ada hati nak dua-dua? Dia masih nak bersama aku sebab anak-anak.
Aku merayu dan sujud di kakinya untuk beri peluang pada rumah tangga kami tetapi aku terjelepuk ditepis dan ditolak serta dibiarkan menangis bersendirian. Dia ulang lagi, dia perlukan masa untuk bertenang dan berfikir. Tetapi aku sudah tidak mampu hendak berfikir apa lagi.
"Tak apalah, talak dan poligami di tangan awak, bukan saya. Awak fikirlah baik buruknya. Jangan disebabkan kesalahan orang lain, saya yang menerima hukumannya. Itu tidak adil bagi saya. Saya bagi masa tiga minggu," kata aku.
Dalam tempoh itu aku cuba mengambil hatinya. Bodoh, kan aku? Merayu dan suduh di kakinya tetapi dia tetap ego. Dia tepis dan tolak aku secara perlahan-lahan bila aku mendekatinya. Cukup! Allah sudah buka mata hati aku untuk melihat sejauh mana hubungan ini. Jalan yang Dia nampakkan untuk aku ialah berpisah dan aku sangat tenang menerima segala petunjuk dari Dia.
Aku mula kumpul segala bukti yang ada antara suami dan perempuan itu. Makin aku korek, makin banyak yang merobek hati. Salah satunya, mereka telahpun melakukan zina ringan di mana perempuan itu dengan rela hati topless untuk suami aku ratah. Betapa rancak dan seronoknya mereka berbual dengan perkata itu, malah suami siap kata "best kan abang nyonyot? Esok abang buat lagi macam semalam" dan perempuan itu membalas, "kalau pasal nyonyot, memang abang win. Sedap. Nanti sayang tak payah pakai bra la macam ni." Astaghfirullahalazim.
Aku print semua borang berkaitan perceraian dan tuntutan yang patut. Aku tukar perwatakan, tiada rasa sedih, sakit hati mahupun marah. Tiba-tiba saja semua perasaan itu hilang. Malah aku gembira sebab aku nak cerai. Allah Maha Kaya, Dia bantu aku untuk percaya, aku boleh hidup dengan anak-anak tanpa suami. Dia buat aku menjadi kuat, Dia terbitkan ceria dan gembira dalam hati aku untuk memudahkan urusan aku.
Bila di depan suami, aku sentiasa ceria. Aku main Facebook, WhatsApp dengan keluarga sambil tersenyum-senyum. Bila suami pandang, secara automatik aku terus sorok handphone. Tak nak bagi suami tengok dan aku sendiri tak tahu kenapa aku buat begitu. Hasilnya, suami mula cemburu dan kerap bertanya aku buat apa dengan handphone. Aku beritahu yang aku main Facebook.
Sabtu Ahad, aku keluar dengan anak-anak sampai suami sibuk nak ikut. Suami mula berubah dan mula mengambil berat tentang aku dan anak-anak. Mula bergurau, mula nak cuit-cuit aku, mula puji aku cantik dan manis saja. Belikan aku roti, buatkan aku air, gosokkan pakaian, basuh pakaian dan bila malam mula bagi petanda nak bermanja dengan aku.
CEH!
Sekarang dia sentiasa bertanya aku nak ke mana, WhatsApp dengan siapa. Malah bila aku tukar password handphone, dia jadi tak keruan dan dia juga sudah kurang melayani perempuan itu. Kalau malam saja, dia akan padamkan internet handphone.
Perempuan itu? Mula tak senang duduk bila. Pagi-pagi mesti suami runsing sebab perempuan itu WhatsApp/WeChat merajuk. Tetapi aku tetap dengan keputusan untuk bercerai. Hari itu kau yang nak bercerai sangat, kan? Nah, sekarang aku siap sokong dan beriya untuk merealisasikan kehendak kau. Tetapi kenapa kau berlengah-lengah dan sentiasa berikan alasan untuk melambatkan proses? Sampai kau tanya aku, "Wah, macam tak sabar je nak cerai?"
Yes! Memang aku tak sabar nak melepaskan diri dari kau yang tidak menghargai aku. Sebelum ini aku merayu, menangis tapi kau buat tak tahu. Kenapa sekarang kau baru nak terhegeh-hegeh nak pikat aku? Maaflah, hati dan jiwa aku sudah keras. Allah makbulkan permintaan aku untuk tidak lagi punyai apa-apa perasaan mahupun dendam pada kau. Yang ada hanyalah ihsan sebab kau ayah kepada anak-anak kita.
Aku tunggu masa saja untuk pergi ke pejabat agama tetapi kau? Main tarik tali. Kau yang cari pasal, lantak kaulah nak. Jangan lupa bagi tarikh ke pejabat agama. Saya nak mohon cuti siap-siap, okay!
Blogger Comment
Facebook Comment