Jumpa mayat bayi merengkuk dalam tandas


BALIK PULAU, PULAU PINANG - Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam sebuah tandas awam di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata, mayat bayi itu ditemui bersama uri dan tali pusat oleh orang awam ketika mahu menggunakan tandas berkenaan pada jam 9.25 pagi. 

Polis kini berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi berkenaan.

"Usaha mengesan ibu bayi berkenaan masih dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak berkuasa," katanya. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment