بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
.
.
‘Surah Al-Muawwizat’ yang lebih dikenali sebagai ‘3 Qul’ adalah surah-surah yang terdiri daripada Surah Al-Ikhlas (112), surah Al-Falaq (113) dan surah An-Naas (114).
Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa; “Yang dimaksudkan dengan ‘Al-Muawwizat’adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.” (Fathul Bari 9/62)
.
Sebagaimana dalam post ana terdahulu, surah An-Naas dan surah Al-Falaq merupakan dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan (‘Al-Mu’awwizataini’). Kedua Surah ini tersebut mempunyai kedudukan yang tinggi di antara surah-surah yang lain.
.
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’ (Surah An-Naas dan surah Al-Falaq).” (HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no. 2827, An Naasa’i no. 944)
.
“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mencukupkan kedua-duanya dengan ‘Surah Al-Ikhlas’, sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.” (HR. At Tirmidzi radhiallahu ‘anhu).
.
.
.
Fadhilat Surah Al-Muawwizat
.
Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) adalah;
.
- Pelindung / pendinding diri.
- Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
- Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
- Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
- Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.
.
.
.
Waktu Membaca Surah Al-Muawwizat
.
1. Ketika Wirid Selepas Solat
.
1. Selesai solat dianjurkan pula membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, setiap satunya sekali. Daripada Uqbah bin Amir, katanya;
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).
.
2. Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata:
اقْرَأُوا الْمُعَوِّذَاتِ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ
“Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)
.
.
2. Di Waktu Pagi Dan Petang
.
Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).
“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)
.
.
3. Waktu Malam Dan Hujan
.
‘Surah Al-Muawwizat’ digalakkan dibaca ketika hujan dan pada waktu malam;
.
1. Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dari bapaknya ia berkata;
خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ « أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »
.
“Pada malam hujan lagi gelap-gelita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk solat bersama kami, lalu kami menemuinya. Baginda bersabda, “Apakah kamu telah solat?“Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian Baginda bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surah)‘Qul Huwallahu Ahad’, ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ dan ‘Qul A’udzu Birabbinnaas’ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.“ (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
.
2. Dalam kitab Tirmidzi, an-Nasai dan sunan Abu Daud disebutkan bahawa Abdullah bin Habib berkata, “Kami keluar pada waktu malam, ketika itu hujan sedang turun dan sangat gelap, kami mencari Nabi untuk mendoakan akan kami, lalu kami mencari Baginda lalu bersabda, “Katakanlah”, maka aku tidak mengatakan sesuatu, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, Aku tidak mengatakan apa-apa, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, maka, aku berkata, “Ya Rasulullah! Apa yang harus aku katakan?” Nabi menjawab : “Katakanlah ‘Surah Muawwizat’ ketika pagi dan petang hari sebanyak tiga kali, maka hal tersebut akan membuatmu terlindung dari segala sesuatu.”“ Imam Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini berdarjat hadis hasan sahih.
.
.
4. Baca Al-Muawwizat Sebelum Tidur
.
Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) dengan terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan, lalu keduanya ditiup, lalu dibacakanlah tiga surah ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.
.
1. “Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)
.
2. Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda. Katanya:
أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Bagindamengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)
.
.
5. Al-Muawwizat Ketika Perawatan (Ruqyah)
.
Tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas).
.
1. Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu’ anha ada meriwayatkan:
عَنْعَائِشَةَرَضِياللَّهُعَنْهَاأَنَّرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَكَانَإِذَااشْتَكَىيَقْرَأُعَلَىنَفْسِهِبِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُفَلَمَّااشْتَدَّوَجَعُهُكُنْتُأَقْرَأُعَلَيْهِوَأَمْسَحُبِيَدِهِرَجَاءَبَرَكَتِهَا. )رواهالبخاري(
Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-‘ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
.
2. Bukhari membawakan bab dalam sahihnya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’. Lalu dibawakanlah hadits serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan:
عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, Baginda akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian Baginda mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika sakit, Baginda menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika Baginda hendak tidur).“ (HR. Bukhari no. 5748)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment