Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mu’awwazatain

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
.
.
Mu’awwizatain mengandungi dua surah Madaniyah iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas yang mempunyai sebelas jumlah ayat iaitu lima ayat dalam Surah Al-Falaq dan enam ayat lagi dalam Surah An-Naas. Kedua-dua surah yang bermaksud ‘seluruh makhluk’ dan ‘manusia’ ini juga dipanggil “Mu’awwizatain” atau Ta’awuz” kerana mengandungi permohonan perlindungan.
Ia diturunkan apabila Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah SWT untuk memohon perlindungan dari kejahatan manusia, syaitan dan juga jin setelah disihir oleh orang Yahudi.
.
‘Al-Mu’awwizatain’ mempunyai kedudukan yang tinggi dibandingkan antara surah-surah yang lain. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:

أُنْزِلَ أَوْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَاتٌ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ الْمُعَوِّذَتَيْنِ

“Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak standing sepertinya iaitu Al-Mu’awwizatain (surah An-Falaq dan surah Al-Naas).” (HR Muslim, At Tirmidzi, An Naasa’i)
.
“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam melengkapkan kedua-duanya sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.” (HR. At Tirmidzi, dari shahabat Abu Sa’id radhiallahu ‘anhu)
.
.
.

Hubungan Surah Al-Falaq dengan Surah An-Naas

.
1.  Kedua-duanya sama-sama mengajarkan kepada manusia, hanya kepada Allah SWT kita menyerahkan diri dan mohon perlindungan kita dari segala kejahatan.
.
2.  Surah Al-Falaq memerintahkan kita untuk memohon perlindungan dari segala bentuk kejahatan, manakala Surah An-Naas memerintahkan untuk memohon perlindungan Allah SWT dari kejahatan jin dan manusia. Memohon perlindungan kepada Allah SWT merupakan sebahagian dari doa, sementara doa adalah bentuk ibadah yang terbaik.
.
.
.

Kisah Penurunan Surah Al-Muawwazatain

.
Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Dia telah mengambil rambut Baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan Baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda).
.
Maka, malaikat Jibrail turun menghadap Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas (Al-Muawwazatain). Baginda bersama para sahabat Baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika dibacakan setiap kali satu ayat ‘Surah Al-Muawwazatain’, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, Baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)
.
.
.

Keutamaan Surah Al-Muawwazatain

.
Surah Al-Falaq mengajar kita untuk memohon perlindungan kepadanya dari kejahatan segala makhluk dan juga perbuatan-perbuatan sihir, khianat, hasad dengki dan sebagainya. manakala Surah An-Naas pula mengajar kita untuk memohon kepada-Nya dengan perlindungan terhadap bahaya-bahaya batin seperti ancaman dari syaitan mahu pun jin, juga tipu daya makhluk, perasaan atau ingatan buruk yang boleh merosakkan akidah dan amal ibadat kita.
.
Daripada Ukbah b. Amr. r.a., Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Wahai Ukbah B Amr. Sukakah kamu kalau aku ajar kamu surah yang Allah tidak pernah turunkan dalam kitab Zabur / Injil ?” Aku menjawab; “Ya Rasullulah!…” Sabda Rasullullah; “Ya! surah itu adalah Surah Al-Muawwazatain (Surah Al-Falaq & An-Naas).”  (Hadis di riwayatkan oleh Imam Bukhari r.a.)
.
.
.

Fadhilat Surah Al-Muawwazatain

.
Banyak kebaikan dan kelebihan ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & An-Naasini di antaranya :
.
1.  Amalkan membaca Surah Al-Muawwazatain’ 3 kali, setiap pagi dan petang didahului  bacaan Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas, InsyaAllah segala keperluan hidupnya akan cukup dan sempurna.
.
2.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ingatlah kamu bahawa saya beritahu kepada kamu tentang ‘Ta’awuz’ iaitu doa memohon perlindungan yang paling berkesan ialah:   

( قُلْ أَعُوذُبِرَبِّ …)

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Abbas r.a.)
.
3.  ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & An-Naas) adalah perlindung dari segala sihir. Hendaklah membacanya 3 kali pagi dan 3 kali petang. Lebih baik jika 7 kali pagi dan 7 kali petang.
.
4.  Abdillah b Khubair r.a. berkata, Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam; “Bacalah 3X ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & An-Naas) pagi dan petang ( 3 X setiap surah ) supaya selamat dari segala kejahatan.”
.
5.  Sesiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia seperti sihir dan yang seumpamanya, hendaklah membaca ‘Surah Al-Muawwazatain’ sebanyak 41 kali setiap hari selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut, InsyaAllah akan dapat memulihkannya. Boleh juga digunakan untuk mengubati orang lain
.
6.  Sebagai penawar sengatan binatang berbisa, bacalah dua surah (Surah Al-Falaq & Surah An-Naas) yang mulia ini pada air garam, lalu disapukan pada anggota yang disengat itu. InsyaAllah sembuh.
.
7.  Saidina ‘Ali r.a. menerangkan; pernah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam disengat kala/jengking, kemudian Baginda mengambil air garam dan dibacakan ‘Surah Al-Muawwazatain’ lalu disapukan kepada anggota yang disengat kala tadi.
 .
8.  Apabila takut dalam kegelapan malam, bacalah ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas) seberapa banyak yang mungkin, InsyaAllah akan terselamat dan menemui jalan keluar.
.
9.  Bagi memohon petunjuk jalan ketika sesat seperti dalam gelap atau dalam hutan, bacalah ‘Surah Al-Muawwazatain’ sebanyak mungkin. Sebaik-baiknya didahulukan dengan azan, InsyaAllah pasti ditunjukkan jalan yang betul.
.
10.  Uqbah bin Amr menerangkan, “Ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, baginda membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Naasdan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.”
.
11.  ‘Surah Al-Muawwazatain’ mampu menaikkan semangat keberanian bagi membela kebenaran dari kekejaman, orang zalim, orang jahat dan sebagainya. Bacakanlah surah tersebut sebanyak 100 atau 1000 kali.
.
 Dan terdapat banyak lagi kelebihan dan keistimewaan ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & An-Naasini dalam amalan Sunnah, seperti membacanya ke atas yang sakit atau sebelum tidur dan sebagainya.
.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment