Isteri jangan lupa ucap 'terima kasih' kepada suami


Oleh Encik Matt

"Abang, terima kasih cari rezeki untuk kami"

Isteri jangan lupa ucap TERIMA KASIH kepada suami. Banyak pahala jika isteri dapat senangkan hati suami. Isteri dah sibuk uruskan rumah tangga, ucap pula kata-kata yang baik depan suami. Suami balik dari kerja, kopi berasap dengan cucur udang atas meja dah siap. Suka suami, tenang suami, lapang dada sedangkan baru tadi kena marah dengan boss, baru tadi kena maki dengan pesakit, dengan pelanggan.

Dari jauh isteri dah senyum suami balik dari kebun, dari pagi hingga ke petang 'dok' kebun, penat sangat baru lepas kena kejar dengan babi. Sakit belakang abang 'yang' terpaksa panjat pokok, abang lupa dahan pokok tu dah reput, lalu abang jatuh, terkejut punya pasal lari babi tu 'yang' . Isteri gosok-gosok tempat sakit sambil gelak sama-sama. TERIMA KASIH abang cari rezeki untuk kami, moga الله rahmati abang dan kita semua.

Tuan puan, kasih sayang bermula dari kata-kata atau ucapan yang baik-baik. Saling menghargai antara satu sama lain. Jika ucapan yang baik, dari hati yang baik, suasana kasih sayang akan bertambah baik setiap hari. Nak tegur anak dan isteri jangan tegur ikut nafsu amarah, lapangkan dada dan marah dengan dari hati yang mulia, hati yang penuh kasih sayang, hati yang ingin membentuk akhlak anak-anak dan isteri.

Allah s.w.t campakkan kasih sayang dalam sesebuah keluarga apabila wujudnya suasana ucapan-ucapan yang baik dari seorang ayah dan ibu kepada anak-anak . Ucapan yang baik dari seorang suami kepada isteri dan sebaliknya. Ini tanda keluarga bahagia.

Kenapa bertahun-tahun hidup dengan berkasih sayang, hanya sedikit kesalahan dari pasangan sudah lupa bertahun-tahun kebaikan pasangan. Tanda kita hargai pasangan sentiasa melihat kebaikan, berusaha menutup keburukan (bukan mudhorat) . Risau, nangis setiap malam dihadapan الله agar الله betulkan kesalahan suami/isteri, agar الله bagi hidayat kepada suami/isteri. Sentiasa memaafkan kesalahan antara satu sama lain. Suami diam jika isteri membebel, isteri taat jika suami menegur, ini tanda kita hargai antara satu sama lain.

Kata-kata dan ucapan kita kepada seseorang adalah satu DOA. Kenapa anak degil? kenapa isteri degil? kenapa suami jadi pemarah? semak kata-kata kita.

Moga perkataan yang baik-baik sahaja keluar dari mulut kita setiap hari. Insyaallah.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment