Orang kata kalau bersalin secara pembedahan caesarean susah nak jaga. Banyak sangat pantang larang yang kena ikut. Maklumlah perut sudah kena belah berlapis-lapis jadi proses penyembuhan mengambil masa yang lama berbanding bersalin normal yang tidak mengambil masa lama untuk sembuh.
Orang tua-tua juga sering berpesan supaya ibu yang bersalin secara pembedahan lebih ekstra penjagaan diri semasa berpantang. Dikatakan luka pembedahan mengambil masa yang lama untuk sembuh walaupun luka luaran kelihatan sudah sembuh.
Bermacam-macam tip dan petua yang dikongsi tentang penjagaan ibu bersalin caesarean. Tak salah untuk mencuba salah satu daripadanya. Mana tahu ia paling serasi dengan anda.
1. Pastikan tempat jahitan cepat kering terutama selepas mandi. Boleh guna pengering rambut untuk cepatkan ia kering.
2. Amal minum air gamat dan pil haruan untuk luka cepat sembuh.
3. Jaga pemakanan semasa berpantang.Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
4. Amal makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, cuka kurma atau delima, badam, kurma. Luka cepat sembuh dan bahagian dalaman juga cantik.
5. Amalkan makan banyak sayur sawi dan minum jus oren sunkist untuk luka cepat sembuh.
6. Semasa pantang banyak makan sup ikan haruan.
7. Elakkan mengangkat objek berat dalam jangka masa yang lama.
Kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan dijangka melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, bolehlah gunakan tip ini. Semoga luka bersalin anda cepat sembuh.
Sumber: majalahpama.my
via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com
Blogger Comment
Facebook Comment