TERKEJUT AYAM DIBELI DARI SEBUAH PASAR RAYA TIDAK DISEMBELIH....

1.png
BAHAU, NEGERI SEMBILAN – “Ayam yang saya beli di ******** Bahau tidak disembelih,” demikian dakwaan seorang lelaki di Facebook group Bandar Bahau, semalam.
Azlan Kamaruddin, mendakwa ayam yang dibelinya dari sebuah pasar raya tidak disembelih dan telah membuat aduan pada pihak pasar raya berkenaan.
1.jpg
“Saya pergi semula ke pasar raya itu dan buat aduan. Mohon warga Bahau dan sekitar periksa betul-betul ayam yang dijual disembelih ataupun tidak,” nasihatnya kepada pengguna beragama Islam.
Difahamkan Azlan akan cuba memanjangkan perkara itu kepada pihak berwajib dan sementara itu meminta orang ramai berhati-hati dan tidak membeli ayam dari pasar raya tersebut.
1.jpg
Perkongsian dari Azlan itu kini viral di media sosial dan telah dikongsi 822 kali di laman Facebook.
Sementara itu, semakan di laman web rasmi pasar raya berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan penggunanya. – The Reporter
Sumber: pixelperfext
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment