KANGAR, PERLIS - Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan dalam kotak kipas meja di kawasan semak berhampiran pasar raya, jam 7 pagi tadi, lapor Harian Metro.
Bayi berkenaan ditemui oleh orang awam yang sedang berjoging di kawasan itu, sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk menghubungi polis kerana tidak membawa telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, bayi itu ditemui bersama dengan cadar putih, tuala hijau, seluar bayi serta dua patung.
"Tiada sebarang nota yang ditinggalkan bersama bayi yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari berikutan keadaan tali pusatnya kering," katanya.
Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk pemeriksaan kesihatan. Bayi itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HTF.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Blogger Comment
Facebook Comment