(Video) Pencuri Telefon Bimbit Diterajang Tepat Di Dada


FOSHAN, CHINA - Seorang penunggang motosikal diterajang tepat di bahagian dada oleh seorang pemandu lori kerana mencuri telefon bimbit milik lelaki berkenaan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pemandu lori berkenaan ternampak suspek telah mencuri telefon bimbit miliknya dari lori. 

Namun pada keesokkan harinya, mangsa ternampak suspek yang menunggang motosikal melalui jalan yang sama dan kali ini dia tidak akan melepaskan suspek buat kali kedua. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu lori itu berlari ke tengah jalan dan menerajang tepat di dada suspek, sebelum terjatuh. 


Suspek yang turut terjatuh dibelasah oleh lelaki itu beberapa kali. Suspek cuba bangkit, tetapi terjatuh semula kerana gagal mengimbangi badannya. 

Bimbang dicederakan lebih teruk, suspek kemudian menyerahkan kembali telefon bimbit pemandu lori berkenaan. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment