PUTRAJAYA - Semalam viral di media sosial seorang bapa kepada tiga orang anak ditangkap kerana mencuri di pasar raya, namun siasatan mendapati lelaki itu seorang yang berkemampuan, lapor Harian Metro.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Sri Rohani Abdul Karim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu tidak layak menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).
Menurut Rohani, tiada keperluan untuk lelaki berkenaan membeli barang keperluan sekolah kerana anak lelaki sulungnya baru saja berusia tiga tahun.
"Apa yang dilakukan lelak itu mungkin ada 'tabiat' atau mempunyai kepentingan diri sendiri. Namun, biarkan polis menjalankan siasatan dan selesaikan kes ini," katanya.
Walau bagaimanapun, Rohani berkata pihaknya tidak akan membiarkan lelaki itu dan keluarganya begitu sahaja. Malah ada pegawainya telahpun memberikan perkhidmatan kaunseling kepadanya.
Jam 5 petang semalam, Harian Metro melaporkan lelaki berkenaan telah ditangkap mencuri beberapa barangan di sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah, yang jumlahnya bernilah RM400 lebih.
Ketika ditahan, suspek mengaku dia tidak mempunyai wang untuk membayar barangan yang diambil dan perlu membeli kelengkapan sekolah tadika anaknya. - The Reporter
Artikel berkaitan:
Blogger Comment
Facebook Comment