'Tanpa Bunyi Amaran, Pintu Tiba-tiba Tertutup & Kami Terpisah!'


Anak saya yang bertanda anak panah kuning itu hilang semasa train MRT berhenti di stesen Kwasa Sentral, semalam. Pintu MRT secara tiba-tiba tertutup dan kami terpisah dan dibawa ke stesen hadapan. 

Saya kaget, apatah lagi makwe Tempoyang meroyan melihat kelibat anak yang semakin sayup kecil tertinggal terkelip-kelip terpinga. 

Ada satu lagi keluarga yang turut tertinggal anak lelakinya. Kami sama-sama berkongsi panik dan gugur jantung. 

Sampai di stesen hadapan, kami bertemu dengan pegawai MRT dan memaklumkan akan kehilangan anak kami. Mereka merekod profil anak kami, umur, pakai baju apa, kurus atau gemuk dan sebagainya. Mereka kemudian berhubung dengan pegawai keselamatan di stesen Kwasa Sentral agar mencari anak kami. 

Sementara itu, kami naik tren berikutnya kembali ke Kwasa Sentral semula. Tiba di sana, pegawai keselamatan MRT sudah menunggu kami dan mengatakan bahawa anak kami tiada di situ. 

Sekali lagi jantung kami berderap laju. Keluarga yang satu lagi sudah mendapatkan anak mereka. Tetapi, di manakah anak kami? 

Makwe Tempoyang sudah meninggikan suara sehingga kami menjadi perhatian sekeliling yang kebetulan ramai di situ. 

Tiba-tiba terlintas di fikiran saya yang menyatakan mungkin dia terus pergi ke kereta? Saya terus melihat ke kawasan tempat letak kereta. Alhamdulillah, jantung kembali normal. Kami bersalaman dengan para pegawai MRT kerana memberikan kerjasama yang baik. 

Saranan saya, seeloknya ketika pintu MRT hendak ditutup, ada bunyi amaran yang diberikan. Jadi, dapatlah kita peka. Kedua, takkan sebulan saja percuma? Bagilah dua tahun, kan? - Rizal Gunx

Kiriman dari Izman Pauzi untuk siaran di The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment