(Video) Seorang Rembat Duit Tabung, Seorang Lagi Rembat Kerusi


PUNCAK ALAM, SELANGOR - Gigihnya seorang lelaki mencuri duit dalam tabung sebuah surau sehingga menggunakan elektrik dan peralatan memotong selak tabung. 

Dalam kejadian jam 8.50 pagi, Jumaat lalu di Surau Al-Falah, Astana Alam 3, suspek yang berbadan gempal dilihat membawa beg galas masuk ke surau. 


Posted by Surur Ghazali on Saturday, 17 December 2016

Setelah memastikan tiada orang yang berada di surau itu, suspek mula mengeluarkan 'extension wire' dan menyambungkannya pada soket berhampiran bagi menghidupkan 'grinder' lalu memotong selak tabung tersebut. 

Selesai membuka tabung itu, suspek kemudian menyimpan peralatannya dan keluar seketika sebelum kembali semula dengan sebuah beg plastik bagi mengambil kesemua duit dalam tabung tersebut sebelum beredar dari surau tersebut. 

Dalam kejadian berasingan di Bandar Baru Mergong, Alor Setar, pengusaha dobi layan diri, Pitstop Coin Laundry, terkejut apabila kerusi yang disediakan di premisnya dicuri. 

Berdasarkan rakaman CCTV, seorang lelaki yang memakai topi keledar dan 'safety vest' telah memasuki kedainya dan dengan selamba mengambil kerusi panjang yang disediakan untuk pelanggan. 


Suspek mengangkat kerusi itu ke hadapan pintu kedai dan menunggu rakan subahatnya tiba sebelum beredar dengan kerusi tersebut. 

Ekoran kejadian itu, pengusaha dobi tersebut telah memuat naik gambar dan video kejadian itu dan meminta suspek memulangkan kerusi miliknya. Jika tidak, laporan polis akan dibuat berdasarkan bukti no plat motosikal dan 'safety vest' suspek. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment