Selayaknya, CASH!


JOHOR BAHRU - Tulis perkataan 'babi' di atas surat saman trafik, seorang wanita ditahan serta merta, malam semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 8.50 malam Selasa, wanita berusia 53 tahun yang memandu kereta Mercedes dikenakan saman oleh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) kerana menghalang lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan meletakkan kenderaan di garisan berkembar serta enggan memberi kerjasama kepada polis.

Ketika anggota polis trafik meminta suspek menandatangani kertas saman yang dikeluarkan, suspek bertindak menulis perkataan 'Babi' di ruang tandatangan. 

Anggota polis trafik itu kemudian menegur perbuatan suspek yang dipercayai cuba menconteng dengan niat memperlekehkan dan menghinanya. Tidak berpuas hati dengan teguran itu, suspek kemudian bertindak menengking dan menyatakan namanya adalah 'Babi'. 

Ekoran kebiadabannya itu, suspek telah ditahan dengan bantuan Unit Peronda MPV untuk siasatan lanjut. 

Ketua Polis IPD JBS, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kertas siasatan juga sudah dilengkapkan dan mendapat arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di mahkamah esok mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment