'Kami Akan Pastikan Bekas Pengasuh Mental Itu Dapat Balasan' - Bapa


BATU CAVES - "Kami akan pastikan bekas pengasuh mental itu mendapat balasan," demikian kata bapa kepada bayi berusia 8 bulan yang didera pengasuh,  6 November lalu. 

Hasmizi Hasan berkata, anaknya, Rayyan Mizie Mikhail yang bengkak teruk di bahagian mata dan tulang tangannya bengkok akibat perbuatan bekas pengasuh itu dikatakan sudah pulih dari trauma. 

"Alhamdulillah, anak saya sudah pulih dari trauma penderaan bekas pengasuh yang ada masalah mental (meroyan agaknya). Rayyan sentiasa gembira berada di sisi saya dan isteri," katanya. 

Bagaimanapun, beliau kesal pihak berkuasa seperti tidak mengambil peduli dengan kes yang menimpa anak mereka. 

"Walaupun pihak polis, hospital, JKM macam tak ambil peduli kes ini kerana tiada kematian atau patah anggota badan, saya dan isteri akan pastikan bekas pengasuh mental itu mendapat balasan. 

Tulang tangan Rayyan kelihatan bengkok | Foto - Fazlin Johari
"Allah bantulah kami ini, kami memang tak banyak duit untuk disogok bagi menegakkan keadilan tetapi kami pasti Allah akan bantu kami untuk menegakkan keadilan," katanya dalam status Facebook yang dimuat naik pada 4 Disember lalu. 


Posted by Fazlin Johari on Thursday, 3 November 2016
Dalam kejadian November lalu, mangsa mengalami bengkak di bahagian mata kanan dan bengkok tulang tangan kerana didera pengasuh. Bagaimanapun, pengasuh memberikan alasan bahawa mata mangsa terkena mainan Ultraman plastik. 

Apabila dibawa untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital, doktor memaklumkan bahawa mata mangsa seperti dihentak sesuatu dengan kuat. Imbasan x-ray juga menunjukkan tulang tangan mangsa bengkok. Selain itu, terdapat juga kesan-kesan seperti lebam di dalam telinga, bawah hidung dan kesan-kesan kuku di celah kangkang dan punggung. - The Reporter

Artikel berkaitan: 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment