Nabi Adam A.S. ialah manusia pertama dan Bagindalah bapa segala manusia di dunia ini. Pada mulanya Baginda ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya Hawa kerana mengingkari perintah Allah سبحانه وتعالى. Kisah Nabi Adam dan pelanggarannya telah diceritakan dalam kesemua kitabulllah.
Walaupun Nabi Adam A.S. telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga, Baginda tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Baginda telah terlalai dan mengingkari perintah Allah سبحانه وتعالى kepadanya, iaitu berkenaan perkara larangan dan mengenai Iblis yang menjadi musuh Baginda serta musuh seluruh keturunannya. Baginda terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah سبحانه وتعالى.
Allah سبحانه وتعالى mencela perbuatan mereka itu dan berfirman:
وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٢٢
“Tidakkah Daku mencegah kamu daripada mendekati pohon itu dan memakan buahnya dan tidakkah telah Daku ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata.” (Surah Al-A’raf; Ayat 22)
.
.
Doa Taubat Nabi Adam A.S. Dan Hawa Di Syurga
.
Apabila Nabi Adam A.S. dan Hawa mendengar firman Allah سبحانه وتعالى itu, baharulah mereka tersedar bahawa mereka berdua telah melanggari perintah Allah سبحانه وتعالى dan telah melakukan suatu kesalahan serta dosa besar. Maka mereka berdua pun teramat menyesal dan merayu sebagaimana yang telah tercatat dalam Surah Al-A’raf; Ayat 23 berikut:
.
Dalam al-Quran, ada diceritakan tentang taubat Nabi Adam A.S. dan Hawa serta kesediaan Allah سبحانه وتعالى mengampuni Baginda berdua. Ketika Nabi Adam dan Hawa bertaubat dan mengaku kesalahan, iblis bertindak sebaliknya, iaitu berterusan menentang dan mengancam memusuhi Adam dan keturunannya sehingga kiamat.
.
.
.
Doa Nabi Adam Setelah Diturunkan Dari Syurga
.
Nabi Adam A.S. pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya Hawa kerana mengingkari perintah Allah سبحانه وتعالى.
.
Syaidatina Aisyah Radliyallaahu ‘anha berkata: “Setelah Nabi Adam diturunkan Allah سبحانه وتعالى dari syurga, lalu Baginda meminta ampun kepada Allah سبحانه وتعالى dengan jalan bertawaf mengelilingi Baitullah 7 kali, kemudian Baginda solat dua rakaat lalu membaca doa (seperti doa di bawah). Kemudian Allah سبحانه وتعالى menurunkan wahyu kepada Nabi Adam:“Wahai Adam! Daku telah mengampuni dosamu. Dan sesiapa saja di antara keturunanmu yang berdoa ke padaKu dengan doamu itu, nescaya Daku ampuni dosanya dan Daku hilangkan kedukaannya serta Daku hindarkan dia dari kefakiran dan kemiskinan. Dunia akan datang kepadanya samada mahu atau tidak mahu, walaupun ia tidak menginginkannya.”
.
.
(Dalam kitab Al-Maslakul Qoriib karya Al-Habib Thohir bin Husain bin Thohir terdapat tambahan seperti di bawah ini):
.
Doa-doa Nabi Adam A.S. di atas boleh dibaca dan diamalkan pada:
- Setiap kali berdoa selepas melaksanakan solat fardhu.
- Doa setelah bertaubat dan selepas mendirikan Solat Sunat Taubat.
- Doa ketika berada di Makam Ibrahim, selepas melakukan Solat Sunat Tawaf.
.
Manusia walaupun telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental mereka tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Sesungguhnya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidakkah sepatutnya mereka berputus asa dari rahmat dan ampunan Allah سبحانه وتعالى asalkan mereka sedar akan kesilapan dan bertaubat serta tidak akan mengulanginya.
Rahmat Allah سبحانه وتعالى dan maghfirah-Nya mencakupi segala dosa yang dilakukan oleh semua hamba-Nya kecuali dosa syirik, sekalipun dosa itu besar, asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan. Insyaallah akan diampunkan.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمْ
.
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment