Berang Dihidang Lauk Sejuk, Lelaki Pukul Isteri Sampai Lebam

Suami berang terbalikkan meja makan di depan isteri | Foto hiasan sahaja
MIRI - Lauk sejuk dijadikan sebagai alasan seorang lelaki untuk memukul isterinya sehingga cedera, semalam, lapor Bernama.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, suspek 33 tahun yang juga seorang penternak ayam telah memukul isterinya yang bersuai 34 tahun pada jam 4 petang, Ahad lalu kerana berang lauk yang dihidangkan telah sejuk. 

"Apabila mangsa mahu memberi anjing makan lauk yang dimasuk, suspek menjadi berang lalu memukul mangsa menggunakan tali pinggang dan rotan di kediaman mereka di Kampung Jagus, Lambir, semalam," katanya. 


Ekoran kejadian itu, mangsa yang merupakan suri rumah sepenuh masa mengalami lebam dan calar akibat perbuatan tidak masuk akal suaminya di kaki, tangan dan seluruh badan. 

Difahamkan, mangsa juga seringkali dipukul oleh suspek. 

Suspek kini telah ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment