"Kelantan is the state with the highest HIV cases in Malaysia. That's why the Kelantan football team is the best. Because they're great, at passing it (HIV) around." katanya dalam kapsyen gambar tersebut.
Menjelaskan tindakannya itu, Haikal menganggap Kelantan sebagai sebuah negeri yang miskin, rakyatnya kurang berpendidikan, kes HIV di Kelantan tinggi dan kes-kes dadah. Haikal turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tetap beria-ria mahu menegakkan hudud meskipun masalah-masalah di atas masih belum diselesaikan sepenuhnya.
Bagi netizen, tindakan Haikal itu kurang cerdik dan secara tidak langsung telah mengguris perasaan anak kelahiran Kelantan.
Affiqah Zulkifly, tampil membidas semua dakwaan yang dilemparkan oleh Haikal, yang dianggap terlalu berani bersuara namun hanya sekadar 'main hentam' sahaja.
Sikap seperti inilah yang boleh mengakibatkan sesebuah negara hancur perpaduannya yang telah lama dipertahankan oleh datuk nenek moyang kita. Sebaik-baiknya, hargailah apa yang kita kecapi hari ini kerana kita hanya hidup di dalam negara yang sudah diperbetulkan berbanding suatu masa dahulu yang rakyatnya berpecah belah sehingga sanggup mengangkat senjata dan hilang nyawa. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment