Berapa Lama Lagi Saya Perlu Tunggu Untuk Cerai?


Saya tidak akan berkahwin lagi di bawah Undang-Undang Syariah di negara ini! Saya benar-benar kecewa dan patah hati dengan sistem yang amat mengecewakan ini. 

Saya telah memfailkan permohonan cerai enam tahun yang lalu. ENAM TAHUN  yang lalu dan pada 23 Mei 2016, akhirnya permohonan saya diluluskan. Apabila hakim membaca keputusan itu, saya rasa sangat gembira.

Namun 14 hari kemudian, lelaki itu membuat rayuan terhadap keputusan hakim. Sekali lagi kes perceraian saya ditangguhkan dan terpaksa menunggu proses seterusnya oleh Unit Rayuan. Tak pasti sama ada mereka menerima kenyataan rayuan itu atau tidak. Pihak mahkamah tidak dapat mengeluarkan surat cerai saya kerana rayuan telah dibuat. 

Berapa lama lagi? Berapa lama lagi wahai Mahkamah Syariah Malaysia?

Kewangan saya semakin menipis dan emosi saya terjejas. Sekali lagi saya terpaksa berjuang untuk berdepan dengan rayuan lelaki itu. Saya perlu mengupah peguam dan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk itu. 

Awak gembira melakukan semua ini kan, Ahmed? Saya tahu awak baca apa yang saya tulis ini. Saya tahu ini yang awak mahukan, membuat saya kesempitan wang tanpa memikirkan bahawa duit itu lebih elok dibelanjakan pada anak-anak. 

Enam tahun dalam hidup saya dibazirkan dengan menunggu dan kini saya terpaksa menunggu sekali lagi! Untuk berapa lama lagi? Bila pihak Mahkamah Syariah dan orang ramai yang berkaitan akan melakukan sesuatu mengenai perkara ini?  Atau mungkin jika saya membunuh diri, barulah perkara ini mencetuskan perhatian pelbagai pihak? 

Saya akan terus bersuara selagi saya masih hidup dan itulah yang saya lakukan sekarang. Inilah contoh bagaimana wanita di negara ini dibiarkan dengan harapan kosong dan tidak dibantu oleh Mahkamah Syariah. 

Hari ini, saya menghadap empat kes iaitu:
  1. Rayuan untuk bercerai
  2. Hak penjagaan anak-anak
  3. Nafkah anak
  4. Hak lawatan
Semua kes ini dibicarakan secara berasingan dan setiap satunya dikenakan kos berasingan. 

Semuanya bermula enam tahun yang lalu, selain nafkah anak yang saya pohon dua tahun lalu. Kenapa perkara ini mengambil masa yang terlalu lama? Orang bertanya kepada saya, saya tak tahu nak jawab apa, apa yang tak betul dan siapa yang patut dipersalahkan. Apa yang saya tahu ialah saya akan berjuang bermati-matian untuk mendapatkan perceraian ini. 

Tiada sesiapa yang boleh memaksa saya untuk bersama dengan seseorang yang saya sudah mahu bersama lagi. Kepada pejuang hak-hak wanita di luar sana, tolong lakukan sesuatu mengenai perkara ini. Bantulah wanita yang terpaksa berhadapan dengan masalah ini. 

Pagi ini ketika di mahkamah, saya menyaksikan satu pasangan yang mana menuntut nafkah anak di mana si bapa mempersoalkan berapa harga ayam dan ikan kerana dia berpendapat bahawa nafkah yang dipinta sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak adalah terlalu banyak. Apa dah jadi dengan manusia zaman ini? 

Saya sedih dan tidak percaya pada sesiapa pun bila ada yang memberitahu bahawa beginilah cara sistemnya. Tak boleh begitu, ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan. 

Kongsikan perkara ini kepada orang ramai dan saya berharap ada seseorang yang boleh berbuat sesuatu mengenai sitem kita ini. Kaji semula Undang-Undang Keluarga Syariah dan sistem yang digunakan oleh kerajaan. Wujudkan sebuah badan penguatkuasa yang akan menguatkuasakan segala keputusan yang telah dibuat. Untuk nafkah semua kanak-kanak yang belum dibayar, untuk semua wanita yang kehidupan mereka penuh penderitaan dari segi emosi dan mental kerana menunggu bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan penceraian, untuk wanita yang kehilangan hak mereka. - Pial Khadilla Abdullah | The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment