'Untung Kerja Beruniform, Tak Perlu Fikir Nak Pakai Apa Ke Tempat Kerja'


Bagi wanita yang bekerja di pejabat, mereka bebas memperagakan sebarang fesyen pakaian. Namun, tidak bagi wanita yang berkerja di organisasi beruniform. 

Tatkala sesetengah wanita pening memikirkan pakaian apa yang mahu dipakai untuk esok lusa, mereka tidak perlu sibuk memikirkan kesemua itu. Baca perkongsian dari Doktor Rusyainie Ramli ini. 

Bekerja di dalam organisasi ketenteraan, saya memang beruntung. Tidak perlu memikirkan pakaian apa, jenis dan kasut apa dan tas tangan apa untuk dipadankan dengan pakaian untuk diperagakan ke tempat kerja. 

Saya tidak perlu sibuk melilitkan tudung yang coraknya mesti tidak akan disaman oleh 'fashion police'. Saya hanya ada satu beg tangan dan sepasang kasut untuk setiap hari bekerja. 

Disebabkan kebanyakan harinya saya bekerja, saya rasa saya adalah wanita yang punya paling sedikit kasut dan beg tangan berbanding dengna orang lain. Saya cuma mempunyai empat pasang kasut dalam kabinet. Beg tangan saya hanya akan ditukar sekiranya beg tangan yang sedia ada sudah terlalu buruk kerana beg yang samalah ke tempat kerja, ke pasar dan ke mana-mana pun. 

Kalau kalian selalu melihat gambar yang saya muat naik di Facebook, baju saya sama sahaja kerana terus terang saya katakan, baju saya sangat sedikit. Selalunya terpaksa beli sebab berat badan yang tidak mahu berhenti-henti naiknya. 

Saya terdengar adik-adik bercerita mengenai Vivy Yusof, baru saya tahu siapa dia. Memang saya ini sungguh ketinggalan zaman. 

Bekerja sebagai doktor pun ada bagusnya. Kalau ada di antara kami yang memang fesyen terkini dan berhias sakan ke tempat kerja, dia akan menjadi sebuatan kerana kebanyakan kami jenis yang mudah. Iyelah, kerja di klinik atau hospital, kalau pakai 'stylo' pun, pesakit saja yang kami akan jumpa. 

Teringat masa saya sedang melalui zaman penderitaan di HSAJB, saya mandi pun kira dah okay sangat. Nak melawa-lawa memang jauh panggang dari api. Yang penting kerja mesti siap. Kalau tidak, akan diherdik dan dimaki hamun. Bekerja berterusan 36 jam mana mungkin mahu melaram. 

Untuk wanita-wanita yang berpakaian seragam ke tempat kerja, usahlah berdukacita sebab tak dapat bercantik-cantik setiap hari dengan fesyen-fesyen terbaru. Fikirkan positif, bayangkan berapa banyak duit dalam poket yang kita boleh jimatkan. 

Pertama kali selfie di dalam vanity suite rumah sendiri. Memang terasa sangat-sangat awkward. Tidak akan melakukannya lagi. - Rusyainie Ramli | The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment