BINTULU - Beberapa rangka logam besar di tapak projek Agri Bintulu Fertilizer Sdn Bhd di Tanjung Kidurong yang masih dalam pembinaan, runtuh dibadai angin kencing ketika hujan lebat sekitar jam 3 petang semalam, lapor Borneo Post.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Zailanni Amit ketika dihubungi berkata, tiang dan palang besi itu tumbang dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkirkan di kawasan kejadian.
|
Gambar ehsan: Bintulu News |
Pihak Bomba dan Penyelamat Bintulu bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian itu. -
The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment