TERGEMPAR ALFATIHAH Berita TERBARU Yang Kami Terima Datuk Jalaludin Rebah Lalu Meninggal


TERGEMPAR ALFATIHAH Berita TERBARU Yang Kami Terima Datuk Jalaludin Rebah Lalu Meninggal

Jenazah Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Allahyarham Briged Jeneral Datuk Jalaludin Md Yusof diusung sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) sebelum dibawa ke Sungai Udang untuk dikebumikan. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan
MELAKA: Jenazah Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Brig Jen Datuk Jalaludin Md Yusof yang diterbangkan khas dengan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Jakarta, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), jam 11.27 pagi tadi.

Jenazah diiringi isterinya, Datin Sadaah Mohamad dan beberapa pegawai kanan tentera yang berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma itu.

Yang turut hadir memberi penghormatan, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki.

Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid As Syuhada Kem Terendak, sebelum dikebumikan di kampung halamannya di sini.

Jalaludin, 57, dilaporkan rebah ketika berjalan keluar dari dewan utama di kedutaan negara selepas majlis berbuka puasa anjuran kedutaan itu, semalam.
Allahyarham dikejarkan ke Hospital MMC di Kuningan, Jakarta, Indonesia sebelum disahkan meninggal dunia jam 8 malam tadi.

Sumber: informasi-viral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment