Mentega Berusia Lebih 2000 tahun Ditemui Di Ireland - Info Dunia
Bertempat di Drakerath, Ireland, mentega seberat kira-kira 10kg dan dipercayai berusia lebih 2,000 tahun telah dijumpai seorang pemotong rumput bernama Jack Conway ketika sedang bekerja di kawasan paya gambut Emlagh, minggu lalu.
Mentega tersebut dikatakan berbau seperti keju tertanam di bawah tanah sedalam 3.6 meter .
Kemudian, Conway menghubungi Muzium Wilayah Cavan, untuk membawa mentega itu ke Muzium Negara.
Menurut pembantu Muzium Bahagian Antik Ireland, Andy Halpin, secara teori mentega itu boleh dimakan tetapi digalakkan.
Menurut laporan Mail Online, tanah paya gambut sering digunakan untuk mengawet mentega tetapi pakar-pakar mendakwa mentega itu ditanam sebagai persembahan kepada tuhan untuk menjaga keselamatan kawasan berkenaan.- CARI Infonet
Blogger Comment
Facebook Comment