SEORANG gadis berusia 22 tahun tidak menyangka menerima ajakan seorang rakan lelakinya untuk bersahur bersama akhirnya mengundang padah padanya.
Ini kerana gadis itu dirogol setelah mereka berdua pergi makan sahur ketika waktu Imsak, kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, pada Rabu lalu.
Dalam kejadian di Pekanbaru, Indonesia itu, suspek yang dikenali sebagai Mf, 32, dikatakan menghubungi mangsa sekitar jam 3 pagi mengajarnya makan sahur di luar.
Setelah it, mangsa yang dikenali sebagai Pa dibawa ke sebuah tempat berehat untuk pekerja di Jalan Tanjung Datuk Kecamatan Lima Puluh.
Di situ, Mf menjalankan modes operandi jahatnya dengan memaksa mangsa bersetubuh dengannya namun, ditolak sebelum suspek bertindak memperkosa gadis itu.
Setelah puas melepaskan nafsu, Mf kemudian menghantar Pa pulang ke rumahnya.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, mangsa yang tidak henti-henti menangis akhirnya mendedahkan kejadian itu kepada keluarganya.
Susulan itu, ibu bapa mangsa segera melaporkan hal itu kepada pihak polis.
Dalam pada itu, pihak polis turut mengesahkan kejadian ini.
Ketua polis Pekanbaru, Kompol Bimo Arianto berkata, kini pihak polis sedang mengumpulkan bukti untuk melakukan penangkapan.
Kami sudah dapatkan keterangan dari mangsa, para saksi juga sudah kita periksa, katanya. MYNEWSHUB.CC
Blogger Comment
Facebook Comment